Jemputan Illahi
Di satu sudut, di pagi yang hening..di sebalik kemeriahan sang manusia untuk menghadap Ilahi.
Sang ibu memeluk erat anak perempuannya dalam esakan perlahan, dia berharap anaknya tidak menangisi kepergiannya.
"Anak, redhakan ibu pergi.." bisiknya perlahan lalu merungkaikan pelukan erat. Sang Ibu tidak mahu terus melihat wajah sugul anak perempuan kesayangannya, lantas melarikan pandangan ke sanak saudara.
Sang anak mengerti, tidak mahu menangis, tidak mahu bersedih di atas kepergian yang gembira buat sang ibu. Sang anak mengelap air mata yang laju menuruni, lantas menghulur senyuman dan bersyukur.
Tiba-tiba, sang anak lelaki ibu datang menyerbu, memeluk sang ibu dengan pelukan erat dan kemas. Menangis semahunya di dalam pelukan ibunya, berpesan memohon ibu menjaga diri dengan baik. Sang ibu menangis sekali lagi, membalas pelukan sang anak. Berpesan anak menjaga keluarga dengan baik, tidak menyiakan kepergian ibu.... dan saat itu berlalu dengan lamanya...
Di suatu sudut yang lain, ada sebuah keluarga yang tidak lekang dengan senyuman, mengiringi dua pasangan yang dijemput Illahi. Walaupun awalnya ada yang mahu menitiskan air mata, namun cuba ditahan demi melihat kegembiraan dua pasangan ini. Ye, gembirakan mereka atas kemenangan mereka dan berdoa agak kita juga akan dapat menjadi seperti mereka sebagai jemputan Haji...
p/s: maap ayat tak vavavomm, tak puitis. Kepala bana gara-gara tak cukup tidur. wkwkwkwkw *alasang*

Ulasan