Matang dan comel?

Monolog teranalog: Bagaimana saya terjatuh lagi buat kedua kalinya......

Bilamana tiada ruang dan privasi untuk BEBAS mengamalkan pertuturan serta gaya hidup seharian.
Bilamana segala perlakuan, perbuatan dan percakapan kita diadili walaupun ia tidak sepenting dan tak mungkin ada dalam soalan-soalan SPM.
Bilamana adanya yang terlalu taksub untuk melaga-lagakan manusia dan senang hati melihat adanya pergaduhan.
Bilamana wujudnya dengki mendengki kerana keglamoran menjadi prioti kehidupan tanpa memikirkan hakikat kehidupan.
Bilamana yang salah mengangap yang benar salah dan yang benar hanya mampu bertahan kerana bukan caranya untuk menyalak macam anjing betina.
Bilamana maujudnya perasaan "perasan" yang keterlampauan sehingga menimbulkan kacau bila kerana buthurt atas kejadah yang tentunya bukan ditujukan kepada dirinya.
Bilamana susahnya nak menghadapi gelagat manusia yang matang sedangkan diri ni masih belum matang kerana apa? kerana matang hanya untuk orang yang tua dan saya terlalu comel untuk kelihatan tua. Wakakakaka!

We tend to judge others by their behaviour and ourselves by our intentions.

Explanation? Orang matang kan tak perlu penjelasan sebab mereka kan terlalu bijak memahami sampai tersalah tafsir, tersalah fakta pastu pongpang jual fitnah. WAU, fantastik bebeh.


P/s: Jangan fitnah saya, saya tak hot macam Neelofa dan tak cantik macam Anzalna. Saya comel jeeeee. *muntah*


Ulasan

Hahaha ad je org yg sudah dewasa tapi pemikiran tak matang ;D
Matang is not about our age is about how we thinking kan? ^^
Ak xtau comment aku masuk ke tak dgn entry ni... ;P
AmySyahiera Malik berkata…
'mereka kan terlalu bijak memahami sampai tersalah tafsir, tersalah fakta pastu pongpang jual fitnah. WAU, fantastik bebeh'
mereka semua nie perasan je lebih . haha . ehh ! baju sys wane oren la . comel je :D