Sekian lama itu...

Assalamualaikum.... perghhhhh

     

Akhirnya, dapat juga gua menaip dekat keyboard ni. Dapat jugak mata ni menjilat skrin komputer dengan rakusnya. Dapat jugak aku memberakkan segala menda yang telah lama digiankan nak ditaip. Hah, gitu.

Ok, nak cerita apa sekarang ni?


Keras tapi lembut? Nak cakap aku ni jantan ke camana? hahaha!

Sejak bekerja ni, terputus hubungan dengan laman sosial sebulan, kena marah dengan tauke yang usia dia sama je dengan gua, melihat karenah pekerja yang lain, berkenalan dengan orang sekitar tempat kerja jelas menunjukkan bukti yang gua ni memang wanita paling garang! Kahkahkah





Bos marah gua, gua jeling balik. Masalahnya, tak bagi aku keluar semayang! Dari situ aku tunjukkan protes. dan dari situ jugak dia suruh balaci dia suruh aku resign. Yang peliknya kenapa dia tak pecat je? Takut kena bayar pampasan ke camana? Garang sebab mempertahankan kepatuhan agama, bersalah ke?


Kak I, pekerja lama dan yang paling tua tapi perangai dia tak serupa dengan umurnya dan status dia sebagai seorang isteri. Dia maki gua depan kedai sebab nak tolong dia, tu paling aku rasa nak menyumpah seranah. Tu belum kira dia hasut si bos nak balik awal masa Maulidur Rasul sedangkan hari tu dia yang Overtime. Dari situ aku dah hilang hormat ke dia. Jangan pertikaikan kenapa aku pancitkan tayar motor dia masa maulud tu. Puii, setakat nak balik awal sebab nak pi shoping, tau tak aku terdesak nak pi surau! Garang sebab ada ketidakadilan, bersalah ke?

Part paling seronok menjadi garang bila berinteraksi dengan lelaki. Sepanjang aku lunch rehat, aku mesti melalut dalam Temerloh Mall. Dan kat situ la ramai pulak si penemuduga tak bertauliah. Malas nak melayan, buat muka garang, jawab sepatah demi kerat pastu blah. Seronok bila ada yang senyum tapi gua buat muka pelik, marah terus dia tarik balik senyuman. Kahkahkah, ikhlas ke gitu?

Garang? terpulang tapi gua bahagia. Eh? hahaha

ok, ni nak tunjukk lawak paling hambar kawan aku penah buat.

 Harap Mujjib gelak berdekah sampai kaki patah buat kali kedua. Hahahaha

P/s: Maaf jika ini entry paling hambar dan tiada gambo menarik. Emosi tak power bila tiada percutian hebat sepanjang cuti tahun baru cina ni. *meraung*

Ulasan

x berkata…
lebih rela resign daripada tinggal kwajipan. haha. tapikan, kalau tunggu sampai boss sendiri pecat, best gak tuu. wakakaka XD