Bengang ke bangang?

"I'm so much stronger... they will need to listen to what I have to say"-mermaid



                 Makwe garang berbaju t-shirt lusuh kaler merah, berseluar slack hitam, dilitupi tudung bawal plane kaler kuning yang disilangkan duduk dengan gaya rocker-nya sambil tersengih mendengar butir bicara makwe-makwe yang boleh tahan elegan lagi feminin bak kata orang bandor. Makwe garang yang ala tomboyish berdating dengan dua orang makwe di tengah pekan yang tak berapa nak maju dek kerana wakil rakyat yang malas nak memajukan atau kerana beliau sangat cintakan kebudayaan serba ada di pekan ni sampai tak sanggup nak mencabul mahupun mengupdate pekan ni menjadi metropolitan sedangkan pekan ni pada zaman dulu kala adalah sebuah ibu negeri bagi negeri yang aman makmur macam kuih makmur tu. Gebunya kuih makmur. Hmmm

               Berbalik kepada makwe garang tadi yang kalau dilihat seperti seorang penganggur yang tiada masa depan, yang layak menunggu orang meminang kat rumah, tu pun kalo lah ada lelaki yang berminat, yang memang nampak zahirnya di mukanya seperti seorang anak dara yang masih bergantung liabliti dan akaunbiliti dengan mak bapak. Raut wajahnya memberikan jawapan yang dia sudah klimaks kebosanan dengan borak dua orang makwe yang di tahun akhir nak habis diploma kat U agak ternama tapi dah cliche bagi orang-orang tua seMalaya. 

"Kau tahu susah woi nak habiskan diploma pergigiaan ni. Dahla assignment bertimbun. Mujur bila exam, aku berjaya score" Makwe blouse merah, berseluar jeans denim, bershawl berkaler-kaler menyuarakan keangkuhan.

Makwe garang angguk kagum. 

"Tu tahan lagi, aku nak habiskan matrik ni pun macam sial apa ntah." Makwe blouse biru, berskirt labuh berpashmina kaler kuning menujukan kepayahannya pulak.

Makwe garang tunduk sengih. Macam dekat parlimen dah rasa, cuma topik je agak lari. Topik siapa paling nazak jadi mahasiswi gamaknya. Mana hilang dah rasa syukur sebab lepas masuk diploma, matrik, further the study. Makwe garang geleng kepala, menyandarkan badan ke kerusi, membuang pandangan ke luar cafe.

Ingat lagi dalam ingatannya, cemana dia boleh jatuh gedebuk berdebuk dengan result es-pi-em nya yang orang kata, lepas pagar, ibarat embun di hujung tanduk, cukup makan. Masa tu jugak banyak spesikulasi soal nak sambung belajar ke mana, kursus menda, biasiswa menda, yang dia tahu, apply je semua, rezeki In Sha Allah ada. Tidur malam pun tak berapa nak laku sedangkan ubat dia kalo dah capai tekanan adalah tidur. Orang yang dulu rapat dengan dia pun mulai menjauh dari dia, sanak saudara memandang rendah. Ya, mereka cintakan keputusan dia, bukan dia dan itu agak memeritkan. Dan bagaimana yang mendapat straight AAAA memandang enteng ke senior-senior yang dapat 2A tapi lepas ke oversea bila mereka masuk campur nak upkan bebudak yang tak berapa nak lurus ni. Depa bukan dari famili kaya, dah rezeki mereka dapat ke oversea, menda ingat MARA takde beri foundation ke bebudak yang just dapat bawah 5A ni ke? Geleng kepala lagi makwe garang ni bila teringatkan moment 2 tahun lepas. Comel agaknya gegeleng kepala. Hmm

"Ko apa cer pulak? Camana diploma ko kat Kolej...kolej menda tu?" makwe blouse merah cuba nak pancing perbualan. Harak duduk Uni tapi cakap shortform. Bandarwi gamaknya.

Makwe garang sengih. Diam.

"A'ah, diam je ko. Takpelah, janganlah malu. Dengan kitaorang je kot!" makwe blouse biru tambah umpan sambil gegedik menepuk bahu makwe garang. Serupa pondan bertemu bapuk dah.

Makwe garang senyum dan lantas bangun.

"Hmm, gua takde menda power sangat nak share cuma nak kabor hujung minggu ni jemputlah datang rumah, ada kenduri selamat. Memandangkan hujung bulan ni gua nak blah ke Ireland sambung ijazah pulok. Oh dan ya, gua dah settelkan bil makan minum ni. Simpan je la duit mak pak deme tu. Aku belanja deme ni ikhlas pakai duit gaji gua. K gua blah dulu, jumpa kat airport eh!" Makwe garang tuju flying kiss ke makwe-makwe sambil berlalu pergi ke kereta Myvi yang dibelinya melalui gaji pertamanya yang berkerja sambil belajar. 

Dalam kereta, makwe garang tak habis senyum menyaksikan kelompongan mulut-mulut makwe-makwe kinky. Jangan nak main racist sangatlah dan jangan nak jadi hamba A sangat. Jadi hamba A untuk Allah takpe. Kinky-nya gua. Hmm. 

P lempang S: Tahu tak adrenalin tak sabar nak gemuruh  ke pesta buku pwct nanti. Tahu tak! Tahu tak!

Ulasan

x berkata…
Ni lah manusia zaman sekarang. Haha.