Idea di-cantas.


"Kau ajarkan aku bahagia....Kau ajarkan aku derita"



Fuhh, brader leplep tak ngupdate lagi ke?

Boleh pulak bertemu jodoh dengan ni kat Popular. Lebiuuuu <3

Pernah tak lu orang rasa teraniaya bukan teraniaya sepi lirik lagu aku berhenti berharap tu tapi teraniaya dianiaya. Hah, begitu mencabarnya ayat gua, harak tak minum todi lepas baca nih.

 Ginilah nak kabor, lepas gua telah disahkan berhenti sekoloh dah, kemainnnnn hilang dah jinbara-jinbara yang dulu bertenggek kat gua mintak sedikit hendonisme. Mati kena sambar petir ke guana? Kalau dah mati, takpelah tak beritahu ke gua. Gua tahu nilai sedekah al-fatihah gua tu mahal nak dibandingkan sms setakat satu sen giteww tapi kalau masih sihat walafiat tu, jenis pesyen berkawan ikut darjat algebra ni gua nak kirim salam maut sikit, tu pesyen nak mati cepat gamaknya. Hmmm, main mati-mati pulak gua ni, ingat main polis sentri, one to jaga ke?

Kalau nak dirujuk-rujuk ke istilah kawan  modenisasi zaman jahiliyah kini, kemain dah bertambah bercabangnya pattern kawan. Ada kawan baiklah, kawan tikam kawan, kawan lupa kawan, zon kawan lah. Fuhh, jilaka betei istilah urban dia. Kekadang istilah tu boleh buat makwe yang garang macam gua ni down tahu tak.

Gua pun benci bila mengecewakan diri dengan mengecewakan orang lain. Payah betei bila berperasaan gitu. Rasa macam tak layak hidup, menumpang bernafas bersama nak-nak kalau orang yang kita anggap kawan baik sehidup tak semati tetiba je tunjukkan yang dia mementingkan ke darjat, rupa.

Ok, sindrom idea kena block secara tertiba tanpa perkaboran ni jenis beta tak suka ni. Tahu tak susahnya gua nak jumpa keyboard dengan pc berpakej dengan wifi smooth bersama kipas angin yang takde rangka. Ni lah jadi bila terlampau penat mikir ke orang yang langsung tak mikir ke gua. Pembaziran tenaga betul. Sudahla, nak caci gua pun takpa dengan entry tak bersebab gini sebab gua tahu gua memang suka mengarut tak tentu hala. Keji, keji, keji!

                      
Jigoku nagashi-ost jigoku shoju

P caci S: Cuba pasang  Jigoku nagashi tetengah malam, sendirian, korang pasti kenal erti penyesalan sebab baca entry gua. Kbye

Ulasan