On sunny day-ing...
"I wish I was strong enough to lift not one but both of us"
Kemain suhu sekarang ni, sahaja nak suruh orang membabikan dia sebabi yang mungkin. Aku yang duk terperuk kat rumah macam anak dara sunti zaman dulu kala pun rasa macam duduk dalam sauna je tapi malangnya lemak yang dikumpul selama berbuasan makan tetap mantain cool, tak berinjak walau seinci. Kwanghajoooo. Maka, dengan rasa ketidak-adillan berlaku, gua menetapkan niat nak berkubang kat Kolam Tahfiz. Jangan memain wooo, nama dia Kolam Tahfiz, lokasi dia dekat Berhala Gantang. Hah, nampak islah kat situ. Eher...
Nama pun dah tunjuk ke-islamikkan tempat tu. Kalo kat Gambang, dia punya syarat nak mandi kat situ kalo boleh kasi bikini je, tudung tak boleh tapi kalo kat Tafiz ni, pakaian yang diwajibkan ialah menutup aurat. Hah, satu lagi, kolam lelaki dan perempuan adalah berasingan dan jangan memain kalo ada muslimah mandi berbikini je sebabya kolam dia tertutup dan lelaki dan pondan adalah harammm. Hah giteew. Dah malas nak berbasi bebelan, kasi tunjuk gambo je lah yeeek. Eherr
P baling pelampung ke S: Duit gaji dah habis dan stok buku pun dah habis. Apa ke malangnya nasib.
Ulasan