Promoter BUKU!

Picisan petikan Makan Dalam- Not A Minor by Penulis.Sahaja

Mesti ada sebab mengapa Tuhan menghadiahkan kita pendengaran sebegini. Mengapa Tuhan memberi kita kelebihan untuk mendengar dan mencipta muzik. Mengapa Tuhan memberi kita kelebihan untuk menafsir muzik.

Sebab-sebab yang aku masih lagi belum jumpa jawapannya. Mengapa, mengapa dan mengapa? Persoalan itu terus dan terus tanpa aku jumpa titik noktah. Mengapa perlu wujud satu mahkluk Allah SWT yang satu ni-muzik?

Kerana aku percaya setiap ciptaan Tuhan di alam ini tiada yang sia-sia. Jadi siapa boleh beri aku alasan mengapa Tuhan menganugerahkan muzik kepada kita?

Usah bercakap mengenai dosa dan pahala dengan aku. Usah. Aku bukan ahli agama. Aku juga bukan atheist. Aku hanya ahli muzik. Ahli muzik beragama Islam. Seperti aku cakap tadi, tiada benda yang sempurna. Begitu juga aku.

Pandangan aku tentang muzik, selagi kita mampu melakukan setiap suruhanNya dan meninggalkan segala benda yang Dia benci, tiada benda yang akan melekakan. Dengan Izin Nya.

Aku bukanlah tinggi sangat pasal ilmu agaa untuk mengatakan; "Hey mari bermain muzik! Selagi kita tak tinggalkan suruhanNya, kita boleh bergembira!" Tak, tak. Aku bukan begitu. Apa yang ingin aku cakapkan kat sini ialah, muzik itu dicipta Allah mesti ada sebab. Yang utamanya pastinya sebagai kebaikan dan satu lagi sebagai ujian.

Kalau kita bijak , kita akan tahu bahagian mana kebaikan dariNya dan bahagian mana satu ujian. Kenapa aku kata macam tu? Kerana kita di dunia ini waktunya amatlah singkat. Dunia itu adalah seperti kita menjawab satu peperiksaan akhir tahun. Keputusannya nanti di akhir sana. Jadi kita mesti bijak mengambil apa yang diberiNya.

Jangan sampai leka. Kerana agama bukanlah sesuatu yang kompleks. Melainkan kita sendiri yang buat ia kompleks. Sehingga takut dengan bayang-banyang sendiri. Jangan peningkan kepala, benda apa sahaja yang melekakan itu dimurkaiNya. Apa yang aku pegang, selagi aku tak leka, InsyAllah Dia tidak murka.

Seperti kata satu lirik Butterfingers, lagu Tentang-Tentang:

"Saya inipun bukan sempurna.
Tapi saya tahu.
Dosa dan pahala pun Tuhan saja.
Tuhan saja yang tahu."

Ya, dosa dan pahalaku Tuhan saja yang tahu.

**********

Kau boleh tuliskan dan cari sahaja genre muzik di dalam Google dan kau akan dapat beribu jenis muzik dalam dunia. Apa bangang Aristotle dan Plato ni dah buat? Diorang ingat diorang orang Greek diorang dah cukup power nak cipta satu terminologi yang mengasing-asingkan muzik? Yang mengasing-asingkan kasta? Muzik untuk isi istana dan muzik untuk orang yang menelan roti keras dihurung lalat. Apa ahli-ahli istana tak boleh layan muzik pop rock? Muziknya tidak keras. Tiada jerit-jerit.Tiada lirik sekali pun. Hanya pejamkan mata dan melayangkan kepala. Kemudian mereka ini boleh mencipta satu mood untuk diri mereka sendiri.

Pilihan untuk lebih cergas atau lebih muram.

Aku percaya mood-aku tak tahu apa kata gantian mood untuk bahasa melayu. Perasaan mungkin? Mood ialah salah satu mahkluk di dalam kita yang boleh ditentukan oleh diri kita sendiri. Mood itu ialah pilihan. Kita pilih untuk merasa marah atau sedih atas cacian-cacian orang. Kita pilih untuk merasa gembira atau meluat atas kejayaan orang lain. Begitu juga muzik. Kau boleh pilih untuk merasa apa selepas medengar muzik.

Muzik yang agak keras? Kau boleh merasa puas? Atau marah? Atau lapang? Kau sendirilah pilih. Ya, kau. Medulla Oblongata kau yang pilih.

Disebabkan terminilogi Aristotle dan Pluto inilah manusia-manusia berpecah. Seorang rockers tidak akan melayan muzik balada walaupun dalam hatinya meronta-ronta mahu dengar. Tak boleh kerana itu akan merosakkan imejnya sebagai seorang rockers.

Begitu juga para penasyid. Adalah janggal seorang yang menjadi vokalis utama kumpulan nasyid, di dalam keretanya bermain lagu kumpulan Trivium-muzik keras. Walhal lirik lagu keras tu hanya mengenai kekejaman dunia dan kebangang-an korupsi manusia.

Jadi apa yang menyebabkan genre muzik keras itu semata-mata jahat dan muzik lembut itu baik sebaik-baiknya?

Sedangkan syurga dan neraka hanya Allah SWT yang tahu? Apa kita ini selalu sahaja menghukum? Apa kita ini Tuhan?Kita jangan berlagak Tuhan. Jangan.

------------------------------

Persepsi tu salah kerana imej sang penyanyi tu yang macam haprak buat lagu tu pun nampak celaka padahal lirik dia bermakna. 

Dan aku tak pilih penyanyi, aku pilih lagu dia. 

So apa lagi belilah buku MAKAN DALAM-Antalogi DOGMA!

Aku suka bab OH DUNIA PERFILEMAN MALAYSIA, OH by The Other Khairul aka Mr. K. Serius sokong buku Hlovate dengan Sunan tak dijadikan filem or drama takut merosakkan mutu buku tu dan pemilihan perlakon yang songsang. Euwww

BAGAIMANA BERGADUH DALAM ISLAM? by Hamka Kereta Mayat. Serius good info sehhh pasal cara perang antara Saidina Ali dengan Saidatina Aisyah.

DUNIA BOLA SEPAK MALAYSIA by Nizam Archibald. Gomo FAM gomo.

TREND, SOSIAL DAN SIKAP by Alexia Aqram. Trend meleis yang makin teruk.




Ulasan