Berkawan sampai syurga

"Ramadhan datang lagi!"

AD tekun membaca poster ramadhan yang tertampal kemas di board kampus. Diam tak diam, masuk bulan ramadhan dah dan kalini dia beramadhan di kampus.

"Pelik? Tak payah nak pelik sangat, lepas ni kau kena beramadhan jauh lagi dari sini, pandai-pandai lah bawak sedia." bermonolog dalaman.

"Di, sorry lambat!" Zara menjerit sambil menepuk bahu rakannya sambil melepaskan lelah berkejar dari bangunan ADMIN.

"Za, kau tahu tak?" lancar AD membuka mulut tanpa sempat Zara mengeluarkan alasan kelewatannya.

"What?" cuak. Tak pernah minah ni bersoal tanya dengan aku.

"Besok dah puasa weh." AD pandang bawah. Tetiba sebak pulak. Mungkin tak terbiasa berpuasa jauh dari rumah atau mungkin rindu situasi menyambut ramadhan di rumah.

Zara tahan gelak.
"Lek eleh, relax lah beb. Cuti sabtu ahad, balik la rumah." mengesan nada homesick.

Keadaan lobi bangunan kuliah bising dengan gelagat manusia.

AD rimas tambah pulak dengan perasaan tak enak soal jiwa memang boleh buat dia bertukar jadi ahli sihir bermulut celupar.

"Hmm, jom balik bilik" AD berlalu. Sepi. Malas melayan perasaan dan emosi.

2 minggu berpuasa.

"Zara" Lembut AD bersuara.

Zara yang baru selesai sembahyang isyak memandang pelik. Jarang budak ni nak bermanja dengan aku.

"Aku rindu ramadhan tahun lepas." AD meluahkan rasa.

Zara yang melipat telekung kaget dengan kata-kata AD.

AD duduk membatu meluahkan rasa terbuku kepada Zara.

Ya, dia rindu sangat saat dia bangun tahajud tengah malam tanpa ada perasaan penat untuk hari esok. Dia rindu saat dia tak terburu-buru mengejar masa lepas waktu solat dengan membaca al-Quran. Dia rindu nak berjemaah tarawikh dan moreh dengan nenek. Ya, dia bukan sahaja rindu ramadhan tapi dia rindu cara dia menemu Tuhannya.

Sejak dia sambung belajar, dia tak pernah bangun tahajud kerana taknak roomate yang lain terganggu malahan nawaitu nak jemaah subuh kat surau pun tak pernah tertunai kerana tak ada orang yang nak teman. Tambahan, waktu kelas yang singkat tak beri ruang dia untuk meluangkan masa lebih lama membaca al-Quran.

Bersalah. Ya, dia persalah yang tidak layak untuk merasa nikmat raya.
"Aku rasa aku tak berguna gila tahun ni." keluh dalam kesal.

"Hmm, jangan la cakap macamtu. Aku pun sama macam kau. Malah lagi looser." Zara tunduk. Walaupun anak bilal tapi dia tak pernah menghayati apa tu ramadhan. Selama ni pun dia hanya ikut ajaran yang ayahnya ajar. Ikut tapi tak pernah hayati. Pembaziran. Ayat AD tapi memang buat dia nak bertukar paksi.

Suasana diam, yang tinggal bunyi kipas ligat berpusing.

"Za, kau nak join tak aku tahajud malam ni?" AD acah-acah buat muka comel, memecahkan kesunyiaan.

Zara senyum, angguk.

"Alhamdullilah" AD senyum lebar. Rasa bahagia tetiba menyelinap masuk.

"Die, kau nak join tak aku kejar lailatul qadar?" Zara pula mengeluarkan tawaran sambil mengenyitkan mata.

ADmemandang Zara. Tak lama dia berlari, memeluk Zara.

"Thanks kawan" AD berbisik.

Zara membalas pelukan.

"Terima kasih Allah"

"One friendship never built by one day but built by trust and love."




P/s:They said I have to Berhenti blogging dan fokus ke Tumblr. But for me, it's too mainstream to just reblog, repost. Kerja orang malas mungkin. Ampunn kalau sakit jubur (buthurt) sama statement saya :]

Ulasan