The Lord of the ring

"Gua kalau akad nikah nanti, gua nak cincin yang rare." AD membelek koleksi cincin emas kedai emas Poh Leong.

"Maksud lu, cincin bertahtakan emas berlian?" Nim mula bersoal-siasat sambil dalam hati dah mula syak apakehal bakal bini dia tu.

"Apa ke hal, tu terlalu mainstream!" AD menyergah.

"Dahtu? " mula mengaru kepala. Mula dah perangai merepek dia tu.

"Gua nak cincin lambang tengkorak." angkat kening sambil menghadiahkan Nim senyuman paling ngeri.

"Seriously? Habis gua pun kena balun cincin skullhead ala punk jugak ke?" dalam hati dah tak sanggup nak membayangkan senario dia menyarungkan cincin punkhead gitu masa akad nikah. Mahu kena rejam dengan mak satgi.

"Lu pakailah cincin batu hikmat yang batu besar yang ada banyak kaler tu."

Nim geleng kepala, nak kena budak ni. "Hahaha! Ok, kalau gitu baik gua pakai cincin angry bird yang ada cop tu, takpun cincin power rangers. Memang rare plus limited edition kot" 

AD menjeling dengan muka kosong "Try la buat kalau rasa nak terajang dalam masjid depan tok imam!."


Transkrip episod happy ending. Mampus, klimaks tak taip lagi, ending dah siap. 


Ulasan