Omoide



Seorang wanita berkot lusuh berjalan perlahan mengikut alunan angin sejuk yang mula bermusim. Dia tampak pucat dan sunyi walaupun senyuman jelas terpamer indah di mukanya. Tanpa alasan, dia menerjah masuk ke sebuah kedai gambar yang jelas usianya dimamah waktu, namun begitu masih terserlah klasiknya.

"Selamat datang Cik." sang peniaga yang tua, mungkin hampir sebaya dengan usia kedainya menyapa mesra. Kelihatan dia begitu tekun membelek lejar-lejar perniagaanya namun masih berupaya untuk melayan pelanggannya.

Si wanita hanya mengangguk senyum. Dia membelek sekeliling kedai sebelum ke kaunter. "Pakcik, ermm.. ada jual filem polaroid tak?" si wanita masih memandang sekeliling, mencari apa yang dipinta. "Ohh, ada-ada. Kejap saya ambilkan." kata sang peniaga lalu memasuki sebuah bilik di belakang kaunter. Tak lama kemudian dia kembali bersama sekotak filem.

Si wanita memandang tekun,sejurus sang peniaga memberikan kotak filem tersebut. "Pakcik, berapa harganya?" senyuman masih terukir di mukanya yang pucat. "Filem ni dah lama, so pakcik jual dalam lima puluh ringgit je." ujar sang peniaga.

Si wanita hanya diam dan terus membelek. Tiba-tiba dia meletakkan kotak filem ke atas meja kaunter, "Pakcik, boleh tak.... kalau saya bayar melalui harga sebuah kenangan?" tenang wanita itu bersuara. Dia memandang tepat ke arah sang peniaga, menanti sebuah jawaban kepada sebuah soalan yang tidak masuk akal.

Sang peniaga memandang pelik. Pertama kali dia bertemu seorang pelanggan begini. Dia merasakan bahawa si wanita hanya bermain-main dengan dia yang sudah tua. Lantas sang peniaga mengambil kembali kotak filem, "maaf, saya tidak berniat nak main-main. Percayalah." jelas si wanita sejurus merasakan sang peniaga berasa terganggu dengan kenyataannya.

"Baiklah, macamana awak nak bayar pakai kenangan tu?" ujar sang peniaga, cuba menduga. Si wanita masih tenang. Kemudian, dia senyum dan memandang tepat kepada mata sang peniaga. Cuba menyelami apa yang tersimpan di stok memori sang peniaga.

Kelihatan seorang wanita yang cantik tersenyum ke arahnya. Mungkin itu isteri sang peniaga. Memori terus mengimbau ke belakang. Wanita tadi masih tersenyum ayu memandang ke arah sang peniaga yang tampan semasa mudanya. Kelihatan mereka bahagia bersama memandang antara satu sama lain. Tiba-tiba seorang anak kecil datang berlari ke arah mereka. Mereka nampak sungguh bahagia seperti sebuah keluarga yang biasa kita lihat di kacamata televisyen mahupun lampiran kertas novel. Kenangan terus berlayar seperti sebuah slide show yang automatik  Kalini suasana tampak hiba, wanita tadi kelihatan murung sambil menatap sebuah gambar. Gambar anak mereka tadi yang tersenyum riang. Sang peniaga pula masih tekun di kedai, nampak cuba melarikan diri daripada masalah dengan menyibukkan diri. Namun jelas terpamer di wajahnya, dia seperti kehilangan sesuatu. Memori terus bergerak, kalini jelas sang peniaga melutut di sebuah pusara. Bila diamati dengan jelas, itu pusara isteri sang peniaga. Dan ternampak di sebelahnya sebuah pusara kecil milik anaknya. Si wanita kini memahami.

Si wanita kembali ke dunia nyata, kelihatan sang peniaga menangis ter-esak-esak seperti sudah lama perasaan sedihnya, tangisnya diperam. Si wanita mengeluarkan dompetnya dan menarik sekeping gambar polaroid dari saku duit dompetnya. Dia menyerahkan kepada sang peniaga, "Tidak mengapalah pakcik, harga sebuah kenangan pakcik terlalu mahal untuk hanya sekotak filem yang tidak berharga." Sang peniaga mengambil gambar tersebut, dia mengelap air matanya dan sebuah senyuman terukir. Jelas tercetak gambar dia memandang sayang kepada isterinya yang cantik sambil anaknya bermain riang dalam dakapan isterinya.
Bila sang peniaga memandang kembali, si wanita tadi sudah tiada. Hilang bersama sebuah keajaiban yang dia belum sempat berterima kasih.

Di atas atap sebuah bangunan, kelihatan si wanita tadi bersama seorang lelaki yang berpakaian kot hitam, rambutnya kemas berwarna cokelat perang. "Sekali lagi?" ujar si lelaki pelik. Si wanita hanya diam mendongkat dagu namun senyumannya jelas tercantum di bibir. Si lelaki menggeleng lantas mengeluarkan skittle berwarna hijau kepada si wanita. Si wanita mengambilnya dan membukannya. Si lelaki hanya tersenyum melihat telatah si wanita, dia juga mengeluarkan skittle berwarna merah. Bagi dia, sehari tanpa gula membuatkan dia berada dalam malapetaka. Berlawanan dengan si wanita yang agak alergi dengan kemanisan. Manis akan membuatkan dia mabuk.

"Kita macam sakura dengan Shaoran kan? Sama-sama mencari kepingan memori ." telah si wanita, matanya masih tekun memandang sekitar bandar. Si lelaki hanya diam membisu. Dia duduk di sebelah si wanita. Memandang jauh ke arah bandaraya yang kecoh menyambut tahun baru. Tiba-tiba kelihatan citra cahaya bunga api di udara tanda masuknya tahun baru yang barat mindanya. Si lelaki mendongak ke langit sambil mengeluarkan keluhan kecil. "Selamat tahun baru omoide"

< ya, gua sambut tahun baru dengan marathon tsubatsa chronicles dan gua gumbira. Pergi meninggal dengan kronologi 2013 dan pergi meninggal dengan tahun baru.>

Ulasan

AmySyahiera Malik berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AmySyahiera Malik berkata…
akak akak akak , cita lagenda yang akak karang tu kalau panjangkan sikit . akak boleh jadi novelis . dan amy akan pastikan amy beli novel tu . hehe xD

selamat tahun baru