Travelog: Separa Kulompo

                           

Song Pumped up kicks.

            Entah menda tapi tu la kalau tiap kali ambo melancong, mesti tetiba ada lagu terngiang-ngiang kat telinga padahal gua bukan jenis spesis 24jam berkepit dengan earphone/headphones macam orang pekak. Sorry gua cakap, lu kalau jumpa orang pastu sumbat telinga dengan natang tu, biadap tahu kategori dia. Kalau dengan gua, senang aje, gua tarik je, peduli menda, ingat gua ada telepati ke nak berkomunikasi bila lu sumbat telinga.

          Hah, lari topik kejap memandangkan gua agak buntu nak mulakan entry lepas taruk gambor makwe comel kat atas tew. Kahkah! Nak explain lah, gambo tu diambil masa gua ke pwtc, expo buku 1malaeisa. Gua punya expectation terhadap expo ni tinggi sama tinggi macam pesta buku antrabangsa, apa nak kabor, bila masuk je , pehal lengang je? Booth pun ada la berapa kerat. Saat itu baru aku paham makna antarabangsa dan 1 Malaysia. Malaysia kan kecik, booth pun berapa kerat je lah, lain lah antrabangsa, hmm. Sendiri hadam lah. Tapi tapi takpe, mujur ada booth Lejen Fixi and #Indieke so burn jugak lah dalam dua ratus. Nah gambo.


           Next entry nanti gua kasi perihal buku Sekolah bukan penjara, universiti bukan kilang dan Pedagogi Bahasa tertindas.  Sambung balik travelog gua ni, disebabkan boring dah kat pwtc, so kami mulakan perjalanan ke Lowyat Plaza. Seorang hipster ialah seorang yang gila buku dan gila gadget. Kahkah! Ni memang adventrue bagi dua orang makwe yang inosen. Aku harakkan tasyha tahu memandangkan dia orang KL tapi hampas, duduk KL tapi tak penah berjalan pakai LRT, dasar orang kaya. Maka terpaksa aku mintak ehsan Mujjib dan boleh pulak dia ajak gurau dengan ber- tanya "err, perlu lagi ke ni?" bilamana orang nak rush. Baran kejap aku. So dengan gunakan pengalaman orang dan app navigation walaupun google ni sial jugak, boleh dia suruh aku u-turn dalam LRT, gila haper. Alhamdulillah, sampai jugak dengan tali handbag aku putus. Macam peragut dah aku pegang beg mujur ada tali reben, ikat mati terus.

            Dalam Lowyat, bagi seorang introvert macam gua, bila sang peniaga ni duk calling "akak meh beli laptop?" "akak cari apa?" dalam hati gua rasa lain kali pergi nak bawak sepanduk tulis "Call me adik  please!" Tapi mujur tasyha pun orang panggil dia akak so aku tak rasa faktor badan gemuk pemangkin panggilan akak tu. Kahkah! So sesiapa yang ke Lowyat, bolehlah check gambo kami kat Laptop-laptop yang ada kat kedai sana, tab asus kat kedai asus Itupun kalau peniaga dia tak buanglah. Kehkeh

        Jam masih dalam pukul empat setengah dan hajat tasyha untuk berjumpa abam leplep masih tak kesampaiaan. Tengah mengeteh kat warung mamak ni, boleh pulak terbaca komen setagram abam leplep yang dia akan ke booth #Indieke kejap lagi. Apalagi, dengan tiket bas balik ke lepeh dalam pukul 630 petang, masa ada banyak lagi ni so kami pun berulang ke Pwtc. Eksataik punya pasal, kitaorang ternaik LRT ke Sentul. Gua tenang je la sebab dulu pun salah naik, dia pusing balik. Tenang gua tak lama bila operator suruh keluar. Badluck ni badluck, gelabah dah naik ganti tenang. Dan gelabah ni la gua pi bodoh beli lagi tiket padahal boleh je naik tangga belah satu lagi. Tu la, jenis tak ingat tuhan bila gelabah.

           Alhamdulillah, sampai je kat pwtc, gua hanya mampu berkata "Kalau leplep takde jugak, memang aku mencarut" tapi mujur time masuk je pintu tu, dia duduk mencangkung bawah kaunter dan si Tasyha ni pulak bangang pergi tanya kuat-kuat "Woi, leplep yang mana?". Sabor je lah. Berkat kesaboran dapatlah makwe tu bergambo, beramas mesra dengan abam leplep.



Sampai ke malam si Tasyha ni meroyan tatap gambo dia dengan leplep. Mekaseh ke Instax gua. Agak menyesal tak dapat pergi Serigala Maha Jahat, tapi nak buat cemana masa tak panjang untuk aku keep the journey to Seri Kembangan. Jumpa kat Kontan lah wahai Serigala. And and, boleh tak aku cakap "boleh pergi meninggal kepada kawan yang tak reply whasap, jumpa pun taknak tapi kalau makwe lain ajak kemain laju" Satu je cara, lost contact.


Ulasan