Hard time
"Assalamualaikum, perhatian kepada semua siswi, anda diminta turun ke surau untuk menghadiri slot kerohanian dan solat berjemaah. Malam ini juga ada majlis tahlil untuk arwah nenek salah seorang pelajar perempuan kita. Harap maklum"
Pengabaian secara telus pengumuman dari Kak Amni. Mungkin kerana harini hari jumaat, so solat jemaah kat surau harini adalah tak penting sebab ramai pelajar balik walau hakikatnya semua ada kelas ganti.
"Bukan selalu. Nanti ada tahlil lagi, aku pergi lah." Bisik hati sambil membetulkan kacamata, merenung tajam report novel Nicholas Nickleby yang nak kena hantar Isnin ni.
"Kau buat macamni, kau tak takut ke nanti bila time kau susah, orang nak ingat, nak bantu kau jugak?" gulp, tajamnya perlian dari diri sendiri.
Aku bingkas bangun, "papehal, settel maghrib dulu."
Usai maghrib.
"Assalamualaikum, perhatian kepada siswi. Kak Sikin nak korang berkumpul kat laman kediaman sekarang juga. Yang baru nak ke surau tu mintak tunggu kejap, kak Sikin bukan nak marah, ada maklumat penting nak diberitahu ni."
Apahal pulak ni?
Saut telekung, berkumpul tengah laman dengan muka blur.
"Ok, Akak Sikin baru dapat tahu yang Kak Amni baru kehilangan nenek dia. Akak Sikin tak dengar pun pengumuman tadi sebab Kak Sikin tak sihat, tidur. Agaknya dia taknak kacau akak, dia tak kejut pun akak. So, korang pun dengar kan tadi, yang dia tak mention pun yang meninggal tu nenek dia, so as penghormatan kat dia yang selama ni jaga korang, jomlah kita pergi surau. Boleh kan?"
Aku angguk, dalam hati dah berderau habis, dalam kepala dah timbul soalan:
"Kalau wan mati macamana dengan aku? Sekuat Kak Amni ke? Sanggup ke aku tak balik sebab ada exam?"
Laju aku ke surau.
Usai tahlil.
"Kak Nan.." sayup suara.
"Hmm..gapo dia?" sambil menyandar ke dinding surau.
"Kak Amni tahan nangis." Aku cuba berbisik.
"Biarlah dia nangis pun, hak dia." tenang Kak Nan. Agaknya kalau ada puntung rokok di tangan, memang sebiji macam watak pak imam yang tengah lepas lelah di balik tiang masjid.
"Hmm, aku tak boleh bayangkan kalau wan aku meninggal dunia. Mahu kemurungan." sambil mata dah hampir nak berkaca.
"Allahu, mung ni gok. Kalau dah ajal dia dah mai, kena lah redha."
"Tapi.. orang sayang dia."
"Dengar ni, kalau dia tak pergi dulu, mungkin kau yang pergi dulu. Ajal maut semua di tangan tuhan. Kau as hambanya, kena siap sedia bekalan tawakal. Paham?"
Tersentap.

Ulasan