Sayonara Heartless


Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [Ar Rad':28]



“Weh, aku mintak maaflah kalau terguna vulgar slang tadi. Aku serabut tadi.” Dengan muka comel Seefa memohon ampun maaf kepada Yad. Sungguh dia tak sengaja termencarut ke Yad tatkala kepala tengah serabut fikir pasal assignment.

“Ehh, takpelah aku tak kisah pun lah.” Tulus Yad berkata sambil mata tekun memandang skrin heponnya.

“Aku mintak maaflah weh. Kepala tengah serabut gegila tadi pastu kau pula nak tunjuk gambar kawan wechat kau tu. Bukan taknak tengok tapi kau pahamlah aku macamana bila tengah serabut. Emo macam hape ntah.” Jujur Seefa mengolah alasannya. Risau juga kalau apa yang dia buat tadi bakal menimbulkan perang saudara.

“Ehh kau ni. Aku tak kisahla. Aku ni heartless. Kau mintak maaf pun aku tak rasa pape, apatah lagi kalau kau marah aku.” Luncur Yad mengajukan jawapannya sambil memandang Seefa dengan sebuah tawa yang agak annoying didengar.

“Weh, manada orang dalam dunia ni heartless. Gila hape manusia tiada perasaan.” Bentak Seefa. Kamikaze  ke hape Yad ni. Keluh Seefa.

“Adalahh wei. Aku.....” belum sempat Yad mengemukakan fakta auta dia tu tetiba-tiba seseorang datang menyambar telefon bimbit yang dipegang Yad.

“Wehhhhh!” Yad tersentap.

Kelihatan Khalijah berpeluk tubuh disamping tanggan kananya memegang telefon bimbit Yad. “Agak-agak kalau aku baling hepon kau ni daripada tingkat kita ni mesti cool kan?” ujar khalijah. Seefa sudah jatuh rahang.

“Woi, gila hapa. Henset aku kot doh. Tak kelakar k.” keluh Yad separuh menjerit dengan perbuatan Khalijah.

Khalijah mara ke balkoni, dia mengacukan telefon bimbit Yad ke anjung dan tanpa bersalah, selamba dia melepaskan hepon itu daripada tingkat 3. Yad menjerit macam orang kena rasuk, matanya dah bergelinang.

“Kau pehal doe. Kau bermasalah apa dengan aku hah slut!” Yad memaki hamun Khalijah. Khalijah hanya tenang memandang kosong ke ground level. Ahli asrama lain kelihatan termanggu namun mujur jugak ramai yang tiada kerana beriadah.

“Lah, kata heartless. Orang heartless kan takde perasaan, yang kau nak marah ni dah kenapa? Kelakar ah kau.” Khalijah ketawa sinis sambil menyandarkan badannya ke pagar anjung.

Yad tersentap. Terasa  seperti dicurahkan air daripada tempat yang tinggi.

“Aku…aku…”

“Allah telah menciptakan hati untuk setiap manusia. Hati ini yang mengerakkan perasaan. Jadi mustahil kalau kau tak berhati melainkan kau orang yang zalim, yang mana tiada diberikan petunjuk untuknya daripada Allah.” Khalijah mencelah.

“Aku tak tahu lah apa actually your real problem til you admit that you was a heartless but please, use your mind. Kau ingat kau bahagia kalau jadi manusia tidak berhati ni? Kau ingat masalah kau settle? Ingatlah tuhan, Insyallah dia pun akan ingat kau. Malahan lepastu kau siap dapat sayap lagi." dengan penuh keyakinan Khalijah bersuara.

“Sayap?” Yad masih belum mendapat pencerahan. Minda masih dalam kawalan terkejut kot.

“Hmm, sayap ke syurga.” Khalijah senyum sambil mengeluarkan telefon bimbit Yad yang sebenar daripada poketnya.  Yad kelihatan terkejut,

“What!? Habistu..habistu..” berlari Yad menuju ke balkoni, melihatkan kalkulator hitam yang telah hancur berderai.

“Kau buang kalkulator kau ke cemana?” soal Yad.

“Taklah .Aku baru langsaikan hutang darah aku dengan seseorang." Ujar Khalijah sambil berlalu pergi.

Yad dan Seefa memandang kagum.

Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Az-Zumar:53]


Ulasan