Street Dakwah


"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"-[Al-Asr:3]

"Pehal doe kena dakwah bagai, diri sendiri pun tak terdakwah."

"Orang cina mesti marah la kalau kita dakwah ke dia"

"Takutlah, nanti mesti kena maki dengan depa semua."

Antara keluhan yang sobsebsob telinga ni mendengar dan hati ni keluh kesah nak menjawab. Sedangkan ada satu hari tu, hampir sahaja amarah nak menguasai lantaran terlalu tidak berpuas hati dengan rungutan yang diberi. Maafkanlah hamba yang khilaf ni yang masih belajar membuang amarah." Sesungguhnya dakwah ini adalah perintah Allah." itu sahajalah aku mampu jawab.

Alhamdulillah, tatkala hari nak berdakwah makin dekat, Ustazah Zanariah datang membetulkan keadaan. Saat ayat keluhan seperti di atas dilontarkan kepada Ustazah bertubi-tubi, aku lihat Ustazah hanya senyum manis.

"Memang, diri sendiri pun belum perfect tetiba pulak kena berdakwah ke non-muslim. Macam mustahil tapi hakikatnya ini perintah Allah. Korang berperang pun tak sekarang ni sedangkan berperang di jalan Allah itu wajib kena berdakwah pun takkan tak boleh? Ni nanti kat akhirat Allah tanya, korang nak jawab menda? Karang dengan saya, saya kena heret sebab tak ajar korang berdakwah. Soal kena maki, kalau korang approach berbaik, Insyallah tak de kes macamtu. Tu sebelum pergi besok, bebanyak mintak kat Allah permudahkan urusan."

Sumpah, kerana program ni aku baru tahu yang setiap individu muslim itu wajib berdakwah. Telah diamanahkan oleh Allah dalam al-quran, dalam surah al-Imran ayat 110 :

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka aadalah orang-orang yang fasik"


Satu hari penuh berkampung dalam dewan mendengar ceramah perbandingan agama tak terasa langsung penat itu. Belajar mengenai agama lain memang buat iman makin upgrade, makin sayang ke agama sendiri, terasa bersyukur gila menjadi seorang muslim. Nak-nak mendengar sendiri perbandingan agama Kristian daripada Tuan Haji Muhamad Abdullah Steven, bekas paderi di Sabah yang kini pengerusi Hidayah Centre, iaitu sebuah pusat dakwah. Dia sendiri cerita bagaimana dia ragu dengan bible semasa usia mudanya, dan semasa umur dia 17 tahun, dia sendiri berkhatan walaupun orang kristian lain sudah tidak mengamalkan amalan berkhatan. Bagaimana dia masuk Islam adalah tidak diceritakan lantaran masa tidak mencukupi, satu je ayat dia bagi "Semuanya kerana hidayah Allah."

Aku dapat street dakwah kat ECM, Kuantan. Pergh, tempat lejen gua tu kot. Bebudok lain semua dapat kat Kuantan Parade, Teluk Cempedak, Taman Gelora, Taman Kerang, Megamall dan UTC. Hari Sabtu, jam pukul 11 pagi, memang tak ramai orang dalam tu. Tapi kitaorang tetap mencari jugak dan akhirnya aku beranikan diri pergi lah tegur makwe cina tengah tunggu seseorang mungkin. Tegur punya tegur rupanya dia tak boleh cakap English mahupun melayu. Ok, takpe. Jalan pulak masuk AEON, Cik Dira pulak try approach sorang aunty Cina. Baru nak tegur, dia cakap dia tak tahu. Bila Cik Dira tanya can speak english? Dia geleng kepala, bila kami cakap  melayu? Dia boleh pulak cakap "Tak tau".

It's okay. Kita mana boleh paksa kalau orang taknak kan, karang ada kena halau dek petugas dalam AEON. Kami pun jalan keluar dari AEON dan tetiba mata aku nampak ada perempuan cina tengah belek barang kemas kat kedai dia. So aku slow-slow lah approach dia, mintak pinjam masa siket dan dia jawab "BOLEH". Kitaorang pun tanyalah soalan survey yang HC bagi, dan seems like she able to know who is Nabi Muhammad SAW dan al-quran. So kitaorang tanya, "Kalau ada program pasal Islam, Miss nak join tak?" dan jawapan dia beri sangat sukacita "Yes". Walaupun masa memula dia macam rasa terganggu, tapi at last she wanted to know more about islam. Alhamdulillah. 

For the second person that we had approach 

Lupa nama dia but for the brave one, aku try tanya agama dia and dia cakap dia Buddha tapi itupun dia macam sure tak sure agama dia apa. Pastu kami tanya kenal Nabi Muhammad and then she said "Ohh, Nabi Muhammad. Kenal kenal". Kat sini aku patut tanya "Apa yang Miss tahu pasal dia?" but masa tu mulut aku tengah penuh dengan sotong kering. Rugggiiiiiii!!!  Pasal al-quran pun dia tahu dan bila kami tanya "Kalau ada program pasal kenal Islam, Miss nak join tak?" and she said "Hah, Ya. Boleh je." So kami pun mintak no telefon dia untuk brother-brother HC contact dia. Kak Pipah pun pergi survey kat Miss ni jugak and she said that this ahmoi memang berminat nak tahu. Alhamdulillah :)

Actually banyak lagi pengalaman daripada geng-geng lain. Contohnya ada yang kena halau dari parkson oleh orang Melayu sendiri, ada yang approach wanita Australia dan dia memang suka agama islam tapi tidak percaya konsep ketuhanan. Malahan dia suka tengok perempuan Islam menutup aurat, pakai tudung but satu je dia tak suka, niqab. Bagi dia niqab tu menghalang face expression. Ada yang kena maki dengan cina kat Kuantan Parade, ada yang dapat teenager chinese yang memang berminat gila nak tahu pasal islam. Macam kes Macha, dia siap belanja kopi seorang lelaki hindu yang tengah dalam masalah, siap terangkan pasal konsep hikmah memandangkan lelaki tu duk maki tuhan hindu dia sebab tak tolong dia yang tengah dalam masalah. And for me, those story was a great experiences and bak kata Brother Shafiq, "Itulah kursus sebenar korang daripada korang duduk dengar je ceramah, teknik daripada kami, korang sendiri turun padang, pratikkan sendiri cara dakwah korang."

Kesimpulannya, ayuhlah kita laksanakan tanggungjawab berdakwah. Nampak payah dan sememangnya ia susah tapi tak cuba siapa tahu. Sama-samalah kita doakan yang terbaik :)


Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatMu. - Doa Rabitah




 Maaf andai terkasar bahasa, tersalah butir bicara, tersilap menyusun ayat sehingga terganggu kefahamannya. 

Ulasan