Berani mampus?

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.( Qs: Ali-Imran ayat 18 )

Masjid Negeri Kuantan, 23 February 2014

Bismillahirahmanirahim.

“Woi, mohon gula siket. Pepanas gini molek la ngunyam.” Selamba Fuad meminta kepada Dina yang tengah berselfie.

“Ala Ad, nak bermanja dengan Dina pulak. Aku ada la woi.” Ujar Fateh sambil menghulurkan dua biji gegula Sweet Sour perisa Epal.

“Meh ahhh. Nak high kejak” laju je Fuad mencapai daripada tangan Fateh. Kelas petang memang waktu wajib pelajar mengantuk tak tentu hala, jadi bagi mengelakkan daripada kena marah dek cikgu kalau tertidur dalam kelas, gula-gula la heronya.

Dina hanya pandang dengan senyuman sinis. Dina dikira sebagai ratu gegula kerana selalu bawak stok gegula pelbagai perisa.

“Jom ah high pi lalalaland together.” Fateh menyambung gurauan Fuad.

“Sat ahh, aku kena alam mimpi dulu, lalalaland tu kena high lagi.” Fuad menyampu air mata yang mengalir saat dia menguap sebesar besar alam.

“Alam Barzakh kau taknak singgah kejap?” balas Fateh. Dina dah muka terkejut, Si Fuad dah ketawa terbahak-bahak. Rita, yang baru tiba turut memandang pelik ke Fateh. Gila insing apakah.

“Dah terlebih high, memang shortcut terminal barzakh lah.” Ujarnya lagi sambil ketawa besar.

Fuad menepuk-nepuk bahu Fateh, “Tu minta kak Dina, si pengasas try dulu. Kalau tak kena tibai dengan malaikat aku follow.”

“Aku pun tak sampai lagi Ad. Kalau aku jumpa Izrail aku cakap Fuad Izuan kirim salam eh. He is dying to see you.”  Fateh ketawa mencecah volume limit seperti itu hanyalah borak senda di petang hari.

“Weh, ayat jaga sikit.Banyak main ah depa ni” Rita sudah bengang. Dina pun hanya memandang kosong.

“Imagination across the mind. Sorry kalau terlampau gila, just that I feel frustrated this morning. Speech outline kena reject an. So there, Byeeee…See you if I still live.” Ujar Fateh sambil ketawa sinis.

“Woi nak mati sangat dah ke?Tengok sikit ahli syurga ke neraka yang berani sangat cabar Izrail ni?” tetiba satu suara mencelah.

Kelihatan seorang makwe  berdiri tercengat memandang Fateh. Raut mukanya nampak seperti baru bangun tidur namun masih ampuh keseriusan dan kegarangannya.

“Aiyokk, Ustazah Garang dah sound. Main-main lah lagi, nama naik jadi sukarelawan surau sampai habis sekolah padan muka.” Dengan tegasnya Rita bersuara.  Siapa tak kenal Humaira, Ajk dakwah paling garang dekat sekolah. Banyak dah pelajar kena sound “kasar” daripada dia, tak kira lah kau muda ke tua ke.

“Err…err.. aku gurau je lah. Take a chill la.” Senyum Fateh. Risau jugak nama naik jadi sukarelawan surau sampai habis sekolah. Bukan apa, kena melekat kat surau je lah nanti.

“Oh yakah. Aku tak tahu pulak kalau Izrail pandai bergurau. Dia punya kerja tiptop. Tanpa belas kasihan, nyawa kau terus dia retap. “ tenang Humaira berkata sambil menarik kerusi untuk diduduki. Penat berdiri depan bilik guru menunggu giliran untuk diperiksa speech outline dengan Madam Aida masih terasa.

“Kau tahu tak?” soal Humaira lagi.

“Err..tahu. Kan aku dah kata,aku nak gurau je. Release tension sambil tu buat si Ad tu tak mati ketiduran.” 
Ya, bukan dia tak tahu malah lebih daripada tahu.Tiga tahun belajar kat Sekolah Agama, mana mungkin dia lupa fakta tu. Namun sejak masuk sekolah campur ni, ilmu agama semua ditapis, letak ke tepi. Sekarang masa untuk bergaya, live the teenage life.

“Nak bergurau tu boleh, tapi pandailah sikit pilih topic. Buat lepas kau cakap natang tu tadi, nyawa kau kena tarik, tak ke mati dalam amarah Allah. Dalam konsep syahadah sendiri ada cakap, dengan menghina Nabi dan Malaikat, boleh terbatal syahadah kau.”

Imam Ibnu Hazm rahimahullah berkata dalam kitab Al Muhala bil Atsar, “Telah benar adanya apa yang telah kami sebutkan bahwa setiap yang menghina Allah ta’ala ataupun mengolok-oloknya, ataupun menghina dan mengolok-olok salah satu dari malaikat-malaikat-Nya ataupun menghina dan mengolok-olok salah satu nabi dari para nabi atau juga menghina ayat dari ayat-ayat Allah maka hal itu menjadikan pelakunya kafir murtad (keluar dari islam) dan baginya hukuman sebagai murtad.“


“Yaalah, lepasni aku tak buat dah. I am sorry Miss Humaira.” Fateh surrender, malas nak berbetah dengan jaguh pidato ni.

“Not for me, but to Him. Ask forgiveness to Allah SAW. Doa sekali mintak kau tu tabah siket. Baru kena reject sekali dah nak down macam atheist tak jumpa siapa penciptanya. Ingat siket konsep hikmah.  Lepastu bijakkan siket hati tu supaya reti nak mintak dekat Allah supaya dipermudahkan segala urusan. Ni tak, sombong sangat , mana Allah tak sombong kat kau jugak. Dan jangan lupa, mengucap balik.” Selancar peluru M16 si Humaira membebel. Kalau tak paham jugak, memang Fateh ni spesis batu.

“Weh, kelas cancellllll!” Haikal tetiba menjerit daripada luar bilik kuliah. Satu kelas menunjukkan riak syukur tak terhingga. Adalah muka sambung tidur satgi tu.

“Dahla, jangan nak mati sangat lahkan. Tanggungjawab kau tu banyak lagi kau berhutang dengan Allah. Tak malu ke jumpa tuhan dengan hutang keliling pinggang. Jadi, sebagai latihan, aku arahkan kau jadi imam subuh selama seminggu. Kau tak buat, aku mintak HCP gantung slip exam kau.” Ujar Humaira sambil berlalu meninggalkan mereka, dan Fateh yang muka terkejut.

“WHAT HAVE SHE SAID!”

“Kahkah! Bapak kejam doe perempuan tu. Aku ingat dia relax je, memang betul lah nama dia Ustazah garang. Tabahlah kau Fateh.” Ketawa Fuad memenuhi satu ruang bilik.

“Weh, dia manada kejam. Dengan kamiorang molek je manja. Lagi manja daripada kau Ad.” Rina membela.

“Pehal dengan kamiorang garang nak mampus.” Fuad mengajukan soalan dan si Fateh hanya diam, bibirnya terukir senyuman.

“That’s why I like her…”


**************


"Weh si polan tu kan crush kat kau. Baru tadi dia confess kat aku."
"Woiii, kau dengar ke tak?"
"Hmm, pastu kau nak aku buat apa? Tepuk pengakap tiga kali?"
"Taklah. Aku bagitahu je. Mana tahu kau berminat."
"Tak kosser."

Dan konsep aku, "Lantak kau lah nak suka, asal tak kacau hidup aku." Dan aku bukan jenis melayan, kau suka aku ke, kau benci aku ke, layanan aku still sama, garang nak mampus.Sekian.


< Cuti Mid Sem dan masa untuk hibernate setelah seminggu berlawan dengan raksasa bernama hectic>

Ulasan