Sedar
Telah diberi nikmat tidur itu sendiri kepada kamutetapi kamu masih merungutdengan alasan mahu bangun lambatKelak bila kamu diberi tidur untuk selamanyakamu akan menyesal kerana tidak bersyukurtelah dihidupkan kembaliItulah tanda manusia yang rugi;-Ain't (24/2.14)
Eher, aku pun kaki tidur jugak tapi alhamdulillah kaki je, tangan otak badan semua tak sebab tu kekandang aku tak kisah kalau diminta oleh option kerja untuk bangun awal atau tidur lewat sebab aku tahu kepenatan itu berbaloi apabila didatangkan dengan usaha keras.
Cemburu tengok orang lain bersenang lenang? Tak pun sebab aku rasa kalau bersenang lenang tapi kerja pun tak jalan, otometik aku rasa ia jatuh dalam lembah kerugiaan. Sebab tu dalam bab menjaga masa, memang aku sangat tegas. Masa tak menunggu kita, kita yang mengejar masa.
Kerja kerja kerja? Kerja apa yang sibuk sibuk sangat tu?
Dulu aku ingat aku lahir kat muka bumi ini hanya untuk meneruskan hidup, bak kata orang putih, "Live your life". Tapi sebenarnya manusia ni ditugaskan dengan banyak tanggungjawab oleh Allah SWT sewaktu didunia ini so bila dia hidup kat akhirat nanti, dia boleh berehat sepuas-puasnya. Siapa dah habis baca buku Ammar patut tahu nilai apa yang mahu disampaikan.
"Dunia ini untuk berjuang dan untuk penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga" -Ahmad Ammar
DAKWAH!
Khamis haritu, aku pi kuliah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid Tengku Ampuan Afzan, Kuantan sana. Pergh pergh, entah kenapa kitab haritu terbuka tajuk Mas Kahwin. Eher, syukran Alhamdulillah dapat juga hadir kuliah UIA walaupun haritu tak dapat pi Ceramah oleh Ustaz Kazim Ellias kat MRSM Kuantan.
Dan semalam, program Maahad berjaya dilaksanakan. Penghargaan sekalung terima kasih dihulurkan kepada anda-anda yang telah menderma untuk kami menjayakan program ni. Pengetua Maahad tu nampak sangat berpuas hati. Gambar lain kali ambo titipkan memandangkan Program Sunnah masih belum tamat. Insyallah Khamis ni, penutup program Sunnah akan dirasmikan dan diceramahkan oleh Imam Muda Hizbur. Sama-sama doakan penutup program Sunnah yang akan berlangsung nanti berjalan lancar. Amin.
<Homesick :( >
Ulasan