Tabahla sayang



Duhai saudariku,
Bertabahlah sayang bilamana hati mu rasa terguris dek kenangan lampau
Bilamana hatimu di robek oleh sang lelaki yang tak berguna
Yang tak mampu menilai kaca atau berlian
Yang murah atau yang mahal

Duhai saudariku,
Ingatlah kami, rakanmu sentiasa di belakangmu,
menyokong sepenuh hati
walau dulu kami keras menghalang
kerana kami sayangkanmu lebih daripada sang lelaki itu
Cinta persahabatan itu lagi ampuh daripada cinta fitrah kekasih kepada kekasih
Yang ifiniti itu hanyalah cinta Allah kepada hambaNya.

Duhai saudariku,
tenanglah kamu di sana, 
meniti jihad mencari ilmu, menerangkan masa depanmu.
Insyallah, jodoh itu pasti
Pangkalnya hati, syukur 
Allah masih sayangkanmu :)

Walau sekarang kita terpisah jauh, ingatlah kita pernah bersahabat, saling nasihat menasihati, saling ketawa bersama walau keringat penuh dengan duka dan tahulah bahawa sahabatmu ini sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu. 

Salam dendam rindu sayang. 


Ulasan