Terbeban
![]() |
| Chedok Resort, K. Rompin- 22 Februari 2014 |
Mata bertakung dengan air mata.
Pedih hati ini hanya Allah yang tahu.
Bukan patah hati kerana cinta, bukan juga kecewa kerana
gagal dalam sesuatu
Hanya kerana terbeban antara tanggungjawab terhadap
-Manusia kerana tugasan
-Manusia kerana Allah.
Yang mana option aku ada?
Untuk memilih duniawi sebelum akhirat atau meletakkan ibadah
sebelum kerja?
Aku merenung dengan berkaca laptop ku, fokusku tergendala
kerana kesedihan ini lantas mencantas masa ku untuk menyiapkan assignment.
Aku berpaling ke skrin telefon bimbitku.
Mesej kerja ku tekan keluar, mesej daripada naqibah ku baca.
"Usrah ni hanya seminggu dan masa usrah je kita boleh recharge balik iman kita."
tambahnya lagi,
“Sayang juga Ain tak dapat join usrah besok. Takpelah, Ain
cuba dulu besok. Malam ni niatkan agar Allah mudahkanlah urusan yer.”
Aku terasa tenang.
Sekali lagi semuanya terletak pada pergantunggan pada Allah.
Pangkalnya ISLAM itu begitu, berserah diri kepada Allah bukan hanya kerana ia
sejahtera dan syumul.
Aku lap air mata. Bangunku daripada kejatuhan, cuba
beristiqamah.
忍耐是最适合的 [12:18]

Ulasan