Ada ilmu mintak dikaji

Khamis, 9 April 2014.

Islam Talk "90 Tahun Kejatuhan Khilafah: Apa peranan kita seterusnya?" di International Islamic University Malaysia, Kuantan by Doktor Tengku Shahrom.

Sejarah. Itu persepsi aku pasal talk ni dan aku tahu ramai tak suka sejarah sebab main dengan fakta dan masa. "apahal lah nak belajar menda yang dah lepas. Kemon, future is waiting, let's partayyy." Kata sang polan sambil terloncat kat Future Music Malaysia.

Dan aku dulu pernah menganggap yang sejarah ni langsung tak penting dalam pendidikan Malaysia mahupun dunia, baca buku teks pun sebab nak exam tapi deep solemnly deep, aku minat kot subjek tu.

Dan Daurah haritu, 12 jam kena tarbiyah pasal "Ini Sejarah Kita", dan aku mula celik pasal sejarah Islam yang selama ni aku duk hafal sebab exam. Celik seceliknya. Daripada zaman dakwah secara sembunyi sampailah zaman golden age of Islam dan sampailah saat kejatuhan empayar Islam. Dan aku mula paham kenapa ada orang cakap kita kembali ke zaman Dakwah secara sulit, yang mana Islam mula mendaki kembali dan akhirnya nanti Islam kembali menang.

Dan malam khamis itu, minda ni, fakta sejarah aku terasa refresh balik. Antaranya:

1)1 Nov 1914- Russia isytiharkan perang ke kerajaan Uthmaniyah di Turki.

Masa ni sistem khalifah masih ada, masih kuat dan musuh-musuh Islam mahu mematahkan kuasa khalifah ini untuk mendapatkan sebuah negara bernama Palestin.
2) 5 Nov- Britain dan Perancis isytiharkan perang.

Peperangan menyebabkan Turki jatuh miskin dan berhutang dengan bank dunia. Jadi puak musuh Islam ini telah bersepakat menghadap Sultan Muhammad yakni khalifah masa itu untuk menawarkan 50 ribu keping emas namun Baginda menolak ;
"Aku tidak akan pernah memberikan tanah umat Islam itu kepada kamu walau badanku dicincang-cincang kecuali aku mati"
Jadi musuh ini telah mengunakan kuasa Britain dan perancis.
3) 14 Nov- Sultan Muhammad V istiyahrkan Jihad!

4) 14 Nov- KHAIRY EFFENDI MENGELUARKAN JIHAD AKHBAR FARDHU AIN KE SELURUH DUNIA ISLAM!

Jihad Akhbar Fardhu Ain merupakan isyarat bahawa kerajaan khilafah tengah dilanda serangan yang teruk dan tahukan kamuorang TOK JANGGUT TERLIBAT DALAM JIHAD INI. Dalam buku teks sejarah hanya dikatakan Tok Janggut mempertahankan negeri beliau dan dibunuh secara hina kerana beliau enggan membayar cukai tapi hakikatnya, BELIAU DIBUNUH KERANA MENUNAIKAN JIHAD AKHBAR.

Kenapa?

Masa peperangan ini, tanah melayu sudah menerima ajaran Islam dan sudah menjalinkan hubungan diplomasi dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Bukti? Pemberian meriam dan pedang itu apa. Jadi masa Portugis menyerang Melaka, Khilafah telah mengarahkan Aceh untuk membantu Melaka mempertahankan kerajaan Islam sementara mereka telah menghantar Armanda untuk turut membantu namun dipintas oleh Portugis, Russia dan Perancis. Namun Melaka tetap kalah kerana orang dalam dan benda yang paling sedih dan langsung aku tak tahu yang mana tapak gereja Saint Paul tu sebenarnya adalah tapak Masjid Melaka.

Daripada ucapan Doktor Tengku Shahrom, "KENAL SEJARAH DARI NARATIF ISLAM BUKAN NARATIF BARAT"

Walaupun tak habis khatam ilmu sejarah malam tu kerana faktor masa, aku harap korang boleh dah kot start kaji deep sedeepnya sejarah Islam dan negara kita. Takkan nak kaji sosial manusia jee an an. Insyallah.

      

"Tanda Allah memberi kebaikan kepada seseorang itu adalah dengan memberikan kefahaman tentang Addeen"

Nota:
Maaf kalau ada tersalah fakta atau terkurang informasi sesungguhnya ambo ni insan yang tua. Eherrr

Ulasan

Nurul Nafisah Mahdi berkata…
3 mac 1924
jatuhnya sistem pemerintahan khalifah uthmaniyyah.
khalifah terakhir adalah sultan abdul hamid ll dipecat dan & dihalau dari istananya sendiri.

bermula pemerintahan kamal artatuk