Fikirlah sendiri tajuk dia apa.

Teguran pada diri sendiri juga.

“Wuu, makwe tu pakai tudung labuh dah”

Aku tak tahu apa yang ada dalam hati dan pikiran mereka tapi cukup kat sini aku nak beritahu, aku pakai semua tu bukan sekadar nak nampak kurus atau nak tunjuk aku ni calon syorga ke apa tapi ia adalah seribu satu cara untuk aku maintain dengan perubahan aku ni. Dan aku rasa sangat rugi sebab dalam umur 19, aku baru nampak cantiknya tudung labuh tu, indahnya berstoking, dan manisnya pakai handsock. Namun syukur pada Allah, aku masih sempat untuk itu.

Dan kepada mereka yang berpurdah, mohon..mohon sesangat jaga ikhtilat dan hati. Jangan berpurdah kerana merasakan ia sesuatu yang rare tetapi status twiter bagai penuh post pasal “Jodohlah" "pasal rindu kepada bakal suami lah". Kekadang aku hilang hormat dekat mereka berpurdah sebab ni lah. Berpurdah untuk nikah bukan berpurdah untuk agama.

Dan kepada mereka yang berada dalam bulatan gembira. Aku harak kau rasa apa itu kebebasan dan tangunggjawab kau sebagai muslimah. Aku harap kau berhenti bercakap mengenai lelaki ajnabi, mengenai kau ada hati dengan si polan tu si polan ni sebab tugas kau sekarang bukan mencari cinta seorang lelaki kerana berniatkan kahwin awal tetapi tugas kau sekarang adalah mengajak, mengajak manusia menjadi lebih baik daripada sekarang agar semua dapat sama-sama masuk syurga, agar bila di padang masyar nanti, di akhirat kelak kita tidak disoal oleh Allah kenapa tidak mengajak/memberitahu mereka mengenai Islam itu. Aku harak kau mengerti sahabat. Teguhlah pendirian kau. [8:11]

Dan bila ditanya samada aku terima atau tak pendapat “Couple itu halal” aku straight to point aku mampu jawab “Couple itu halalah”. Tiada sekelumit pun ayat al-quran mengenai halalnya couple itu sendiri jadi buat apa aku nak sokong benda yang Allah tak firman. Aku hanya boleh terima yang “Cinta itu fitrah. Berkawan je la dulu. Tiba masa, kahwin” sebab itu lebih baik daripada terjerumus ke benda yang boleh mengundang maksiat.  Bak kata Ustaz Wan:

“Kalau dia jodoh kita, nama dia akan selalu ada dalam doa kita”

*angkat kening*

Banyak benda perlu kembali pada fitrah. Banyak benda isu yang perlu difikirkan. Banyak ilmu mintak dipertanggungjawabkan. Banyak tanggungjawab mintak dilaksanakan. Kalau kau mengetahui, pasti kau tidak mensia-siakan masa muda kau. Banyak benda…

Teluk Cempedak-12/4/14

Maaf jika bahasaku tertikam jiwamu.
                                                                              ********

Time aku nak balik nak pi Pesta Buku lah banyak program ceramah kat Kuantan ni. Aishhh, bertabahlah. 26/4- Insyallah PBAKL mung tunggu aku datang :)


Ulasan