Ketabahan
![]() |
| 4.5.14- Muk depan rumah wan |
Semua yang terjadi sama ada
BAIK/BURUK
Ada hikmahnya.
Sebelum mendapat jawapan, kita perlu didatangi dahulu dengan
soalan. Itu namanya fitrah.
Sebelum didatangi kejayaan, perlu adanya ujian. Sebab itu
namanya Hikmah.
Ujian untuk menentukan samada kita layak atau tidak untuk
mendapat kasih dan rahmatnya.
Dan kekadang ujian itu didatangkan kerana Allah rindukan
kita atau mungkin kita terlalu jauh mengingati Allah maka Dia tujukan ujian
agar kita kembali kepadaNya.
Sayangnya bukan semua orang nampak, paham, kenal apa itu
nilai hikmah sebenarnya.
Apa yang mereka paham, setiap kesalahan mahupun kesilapan
mesti ada puncanya.
Sebab mereka tidak mampu untuk berfikir melalui hati.
Mereka kira hikmah itu boleh didapati dengan hanya melarikan
diri daripada masalah dan tunggu sampai masalah itu berakhir, tup tup hikmah
pun datang. Ya memang ada hikmah, tapi hikmah itu sia-sia diatas perbuatan yang
sia-sia. Dan lebih malang bila mereka berhenti percaya kerja dan
ketentuan Tuhan bila mereka kata “aku tak nampak apa yang baik dalam semua yang
sedang berlaku.”
Kepada mereka yang percaya,
Mereka kekadang merasa hikmah itu perkara ajaib kerana di
atas semua perkara yang terjadi cuma Allah yang tahu dan kita cuma akan rasa
kalau Dia nak tunjuk dan paling kurang pun maknanya Dia cuma mahu kita percaya
pada kekuasaan Dia. Mengadu dan mengakulah.
“Tuhan, sungguh aku tak tahu apa kebaikkan yang kau sembunyikan dalam takdir
hidupku,
Tapi aku percaya KAU pasti punya sebab yang baik.Dan bantulah aku untuk percaya dengan sepenuh hatiku.”
For every soul who had to face with trouble lately, please
stay in believe with Allah.
Aku kenal perasaan dipersalahkan lepastu kita taknak rasa
terbeban sangat kita salahkan balik apa yang dipersalahkan. Sometime is better to stay tenang, daripada kita
duduk pompang salahkan antara satu sama lain. Semua tu tak menjamin dapat
selesaikan masalah, tambahkan masalah lagi adalah. So letak semua pengantunggan
kepada Allah, dan Insyallah Allah will heal you with something that much
better.
"Rindu tahap ifinity"
Senyum.
"Rindu itu fitrah tapi jangan dijadikan kebiasaan, zikir jom."
Pesan pada diri sendiri.
Insyallah :]

Ulasan