Malam Cinta Rasul dan Pesta Buku Antarabangsa KL
24 April 2014- Malam Cinta Rasul Tv Al-Hijrah, Bandar Kuantan berselawat.
26 April 2014- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC
Actually, gua agak penat sebab hari Jumaat tu gua kelam giler bila tiket bas ke Lepeh boleh habis. So terpaksa gua balik Temerloh. Sampai Temerloh, gua rilex lagi walaupun hati menangis sebab rasa Allah macam tak beri aku balik tapi gua cakap kat diri gua "Lek ahh, ada hikmah ni" dan terus selamba tanya tiket ke Jerantut. Alhamdulillah ada, so masa berbaki sejam sebelum gua gerak solat dulu, lepas solat nampak kedai Kaid Johar. Hah, aku dah lama mengundang nak tambah koleksi tudung labuh bawal so sempatlah aku beli before balik.
PBAKL kali ni agak boring maybe sebab gua alone, belens lelain masih berjuang kat matriks sana. Boring boring pun macam nak mampus jugak aku angkut buku depan belakang. Dasyat betei membeli tahun ni. Habis jugaklah baucer buku aku dengan cara yang betei. Ramai orang dan line 3g tarak agaklah buat spoil mood gua. Tu belum ditambah perasaan betapa hambarnya aku nak membeli kat booth Indieke padahal tu lah booth paberet. Perasaan dia tu macam bila gua baca sinopsis buku pastu gua letak balik sebab cerita dia hem hem tak kena dengan gaya baru gua, kot. Sudahlahh, gua ni patut update assignment tapi rajin pulok gua update blog. Nah tengok gambar je lah walaupun gambar pun dikit je sebab bateri hepon gua manja nak mampos.
Tadikan, Hilal citer pasal Cinta. Ada ayat dia tu buat gua sentap siket, macam ni lah ayat dia "ada orang tu dia dengar cinta je mula rasa anti" eherr eheerr.
Ainsha dan buku seram berpisah tiada kerana buku cinta lovey dovey is too BORINGGG.
Aku terlupa nak beli buku Erdogan, Perdana Menteri Turki yang menghapuskan sekularisme dan aku tak jumpa buku pasal Doktor Morsi. Hemm
Panduan untuk Remaja tu actually Risalah An-Nur yang telah diterjemahkan. Korang boleh la cari kat Booth Saba Islamic Media. Kat booth tu banyak gila buku pasal perbandingan agama, pasal kekuatan Islam.
Gua pun dapat Sunan hardcover lahh.
Besok kena pi Muadzam sambut birthday adik gua lepastu petang balik Kolej and besoknya gua ada presentation final ITE and slide tak siap lagi. Yeay Ainsha yeayyy! Kbye.
P/s: Cuti sem nanti, dua beg bagasi penuh dengan buku je. Molek ah, dua minggu kot duduk bertapa kat Pulau Tinggi nanti. Insyallah.









Ulasan