Muda
Fatih kelihatan keluh kesah, mundar mandir tak tentu hala.
Perasaan gementar menguasai diri.
“Nak confess ke tak? Berani ke tak?” mulutnya terkumat-kamit
dengan ayat itu.
Dia terhenti sejenak saat matanya memandang kelibat
seseorang yang membuatkan dia gelabah.
Hatinya meruntum, nafsu memandu akal agar dia harus berani
melepaskan semua yang terbuku.
Tanpa amaran kepada sistem saraf dan anggota yang lain, suaranya terlebih
dahulu menguasai; “Humairaaa!”
Humaira yang laju melangkah hanya menoleh sekilas mencari
arah suara yang memanggil.
“Humairaa oiii, tunggu la kejap.” Jerit Fatih lagi. Laju dia
mengejar langkah Humaira.
Humaira yang terpandangkan si Fatih terus berhenti menunggu.
Mukanya ketat seperti biasa.
“Lu nak apahal?” ujar Humaira tegas. Kelihatan dia tidak
selesa berjumpa berduaan dengan Fatih.
Fatih hanya senyum, “sorry ah ganggu, aku nak tunjuk kat kau
crush aku.”
Humaira memandang pelik namun bibirnya terukir senyuman.
“Woo, pandai eh lah ni. Siapakah makwe itu? Nak tengok juga siapakah yang
malang tu?” senda Humaira. Humaira walaupun garang namun masih punya sifat humour dalam berkawan dengan rakan sekelasnya even
lelaki dan perempuan.
“Aishhh, sini jom.” Ujar Fatih sambil melangkah ke tangga
bangunan akademik yang berdekatan. Humaira mengikut tanpa bicara.Kelihatan sebuah cermin panjang tergantung kemas di tepi
tangga. Mungkin pihak pengurusan meletakkan tangga disitu supaya mengalakkan
pelajar berpakaian kemas dan mungkin juga untuk suruh pelajar selalu cermin
diri.
Fatih berdiri di hadapan cermin, Humaira hanya berdiri tidak
jauh daripada dia namun masih boleh nampak imej Humaira di cermin.
“Tu laa dia crush aku” agak perlahan nada suara Fatih namun
cukup kuat untuk didengari oleh Humaira.
Humaira membuat muka pelik. Fatih dah risau kalau-kalau si Humaira sergah dia dengan
tazkirah ataupun direport ke Jabatan Majlis Surau Pelajar atas salah tindak
laku terhadap naib pengerusinya mahupun didenda menjadi Imam subuh sekali lagi.
“Baguslahh” ujar Humaira dengan tawa kecil. Fatih memandang
terkejut.
“Baguslah kau crush dengan diri sendiri. Bukan senang lor ni
nak jumpa orang yang sayangkan diri sendiri. Balik-balik jahanamkan diri dengan
perkara maksiat. Ish-ish”. Ujar Humaira tenang sambil menampak sedikit agar
imejnya tidak terpantul di cermin.
“Tulah tanggungjawab kita as manusia, sayang diri, sayang
Allah dan sayang family. That’s the priority one. Kalau ada sahabat itu nikmat namanya.
Kekasih? Don’t trust any love till you are very brave enough to meet her parents. “ Humaira berpeluk tubuh.
“Umur masih muda, tanggungjawab terhadap agama masih banyak
perlu ditumpukan. Don’t waste your youth bro. Jadilah macam Sultan Muhamad Fateh, yang berjaya membebaskan constapel seawal umur 21 tahun“ senyum Humaira.
“Paham?” soal Humaira setelah melihat Fatih hanya diam
memandang lantai. Fatih senyum. “Paham. Terima kasih kerana memahamkan aku.
Aku pi dulu ehh. Assalamualaikum” dia berlalu pergi meninggalkan Humaira.
Humaira hanya memandang tenang. Dia menapak didepan cermin,
melihat imbasan dirinya. Matanya memaut pada cincin yang dipakai di jari
manisnya. “Aishh, ingat pakai cincin dapat buat orang behave dengan aku, tapi
hakikatnya sama je buta kerana suka.” Dia menggeleng kepala sambil melangkah pergi.
Dikala zaman di hujung riwayat, ada jihad sedang menanti, kembali pada fitrah, kamu akan memahami.

Ulasan