Pindah keluar
"Time heals everything."
Akan ada satu masa yang panjang, yang mana kau hanya membiarkan semuanya berjalan seperti biasa dan kau hanya mengikuti perjalanan itu tanpa berfikir apa-apa selain daripada benda yang penting, dan sampai saatnya bila kau bangun pagi, kau buka mata dan di pikiran dan hati kau hanya satu bayangan kosong. Bayangan kosong yang membuatkan kau tidak kisah lagi akan perkara yang kau selalu kisahkan. Membuatkan kau melepaskan semua rasa itu pergi dan menjadikan kau seorang yang baru yang lebih kuat.
Kenkadang kita terlalu appreciate orang dalam hidup kita sampai tak sedar luka yang diberikan itu lagi dalam daripada luka yang kita berikan. Bercakap mengenai meninggal bukan maksudnya kita mendoakan kepergiannya cuma salah satu simbolik yang kita dah tak kisah mengenai kehidupannya. Jaga bahasa? Ini bukan tempat kau belajar budi bahasa budaya kita.
Dan ada orang kata, orang itu kuat tidur sebab dia sunyi, dia mahu lari daripada realiti. Aku tak sokong, bagi aku, aku kuat tidur sebab aku penat. Dan ada penat yang hanya boleh diubati dengan tidur. Dan aku tidak tidur seolah tiada hari besok untuk terus tidur. Masih ada mutabaah amal yang mintak dilaksanakan dan itu saja cara menghilangkan rasa yang tak patut. Sunyi bukan pilihan bilamana kau ada pilihan untuk keluar bersama rakan, relah bersama sahabat usrah.
Biar masa merawat segalanya.
Ada satu kali, orang bertanyakan aku, "mengapa susah untuk melihat kau sedih padahal kita berada dalam situasi yang sama, masalah yang sama, beban yang sama. Mengapa kau masih boleh menjadi seorang yang gila-gila, yang happy face setiap masa?" Dan aku hanya mampu kagum dengan diri sendiri kerana menjadi sebegitu kuat walaupun deep solemnly deep dalam hati, ada banyak tersimpan kisah luka dilukai. Terima kasih pada masa, yang banyak mengajar signifikasi sabar itu. Terima kasih pada masa, yang memberikan banyak ruang untuk aku mengisinya. Terima kasih tuhan, yang menciptakan masa, yang metakdirkan segalanya dengan sempurna. Terima kasih.....




Ulasan