Sekadar kilasan

Senangnya menghakimi
Sedangkan dia juga seorang manusia biasa
Yang juga punya kehidupan
Hanya kerana dia bertudung labuh

Hanya kerana dia bertudung labuh
Engkau letakkan dia ahli syurga yang sempurna segalanya bab agama
Namun bila dia fakir sesuatu hokum agama atau kurang dalam sesuatu
Kau hina dia “Tudung je labuh tapi yassin pun lembap hafal”
Dahtu kau dah hafaz belum satu al-quran kalau laju sangat?

Hanya kerana dia bertudung labuh
Kau anggap itu hodoh
Bila dia sarungkan tudung Syria yang singkat
Kau puji dia melangit
Padahal itu tudung inner dia dohh
Layaknya berada di dalam, untuk membantu menutup sang aurat
Bukan berada di luar, hanya sebagai syarat menutup rambut
Aku tak paham pesyen apakah yang kau gunapakai
Liberal? Sekular? atau syariah complaint?

Dia bertudung labuh kerana itu suatu tuntutan
Bukan kerana dia sudah sah menjadi seorang ustazah, menjadi wali Allah
Dan tuntutan itu juga bukan terhad kepada seorang ustazah
Tetapi juga kepada mereka yang bernama perempuan muslimah
Tepuk dada, Tanya iman
Islamkah aku dari pakaian ku?
Waalahaualam

Me at Teluk Cempedak. Kesan jejak Tempatan Fest.


Ulasan