Time heals everything

Hearts are breakable and I think even when you heal, you're never being what you were before.They say time heals all wounds, but that presumes the source of the grief is finite. 

:]

Lama juga aku menghilang. 

Dan bebudak kat group whassap pun dah bising sebab aku tak reti reply walau status online. Ya, bukan aku online tapi adik aku. Hepon tu hanya berfungsi bila aku kat kolej, so sekarang musim sem break, so tivi, dapur, bukus and youtube merupakan keutamaan paling penting kala ini. Yeheet.

Dan aku kat korea. Eher

Jangan lupa ke abam-abam exo. Ni semua salah Mijah, Kak pipah and adik-adik aku yang bawak pengaruh fandom ni ke aku yang inosen. At first aku kutuk kot pastu Mijah bambam selalu buat mesyuarat exo dengan kak Pipah dengan Sabrina kalau gather sampai aku pun terikut sekali advance. Ditambah pulak dengan krisis Kris kat tuiter yang berhari-hari jugaklah aku baca orang retuit pastu didarab pulak dengan Piqah dengan Syidah selalu borok pasal depa sampai Piqah print gambo D.O , siap buat DP tuiter kot. So sehari sebelum balik cuti sem, aku pun tengoklah exo showtime dan dan hmmm jadilah ainsha seorang fandom. 



Dan lepas jugak aku habiskan kesemua 21 episod Drama Reply 1994. Sabrina syorkan sebab dia kabor cerita ni banyak pasal friendship zaman remaja. At first aku macam "Boringgg ahh" tapi dah tengok, aku mula rasa nak menyalahkan pengarah melayu yang asyik buat cerita based novel pastu tak reti nak buat cerita logik siket. Engkorang tengoklah kalo rasa nak gelak macam orang giler.



Kalo rasa nak menangis, try ah Miracle in cell no.7. Aku mula nak tengok dulu pun Kak Pipah dah bagi amaran "Tengoklah citer tu, menangis tak henti nanti" dan hakikatnya memang menangis sampai sembab mata aku. Sedih tak patut, dahlah muka budak tu macam Sarah.



Pokoknya kat sini, aku dikelilingi orang-orang korea yang asyik bagi aku video, movie and drama korea sampai aku pun terikut. Dan aku tak tahu kenapa aku update citer entry penuh pasal product dari korea ni. Yang aku tahu penyakit dan aku makin teruk ditambah dengan writer block disease yang dah sampai level 4. Belasungkawa :(

Ulasan