Aku manusia juga beb
Jam menunjukkan pukul 1 pagi dan dia seorang yang angkuh untuk tidur awal dek memikirkan ceritera hidup keesokann harinya. Hari pertama tidur di bandar demi tugas babysitter amat tak selesa. Panas musuh utama dia.
Tanpa berfikir panjang, dengan hanya berbaju tidur doraemon yang disopankan dengan baju sweater hitam, berseluar trek, bertudung hitam dan berselipar jepun, kunci kereta milik pak sedaranya diambil.
Jalan kelihatan sepi. Hanya penuh dengan hembusan kabus. Dia membawa kereta perlahan, cuba menyelami suasana sepi.
Dari jauh dia nampak tempat yang dinanti, sebuah tempat penuh duit yang bernama bank.
Perlahan dia berhentikan kereta dan memasuki ruang masuk mesin atm.
Tak lama kemudian, dia keluar daripada bank dengan satu keluhan. Ya, memikirkan masalah duit yang keluar daripada masuk memang menyesakkan. Elaun separuh memang menyakitkan hati, cuti sem pun bagi je lah elaun penuh. Tak lama kemudian, dia kembali matang, bersyukur dengan apa yang diberi daripada menyesal dengan benda yang tiada langsung.
Dia kembali memasuki ruang kereta. Perlahan memandu pergi. Sambil membetulkan tempat letaknya cermin mata, dia memutar siaran radio. Kepalanya masih bingung dengan perangai dia yang suka buat kerja gila. Antaranya seperti perbuatannya sekarang. Agak berani untuk seorang anak dara keluar malam tanpa pengaruh ibubapa ditambah dengan masalah rabun malamnya memang mencari penyakit dan dia perduli apa, asal hati dia selesa.
Corong radio memutarkan lagu. Agak janggal buat dia mendengar lagu melayu setelah sekian lama asyik dengar lagu omputeh dan korea namun siaran itu saja yang wujud.
Perlahan dia memandu sambil telinga nya cuba menghadam lagu yang didengarinya.
Ku termenung seorang, Ku menangis disebalik sepi
Amboi, jiwang betei.
Ku mencari cebisan memori
Yang kunamakan misteri

Amboi, pandainya main ayat. Lama jugak dia tak terer buat ayat terer cemtu. Hatinya berdetik sambil tersenyum sinis.
Ku tertawa mendengarnya
Eh, tahu pun kelako.
Ku mengerti aku siapa, Ku tak peduli sebenarnya apa yang kau ada
Ermm, macam kena. Macam kena dengan situasi dan signifikasi dan terifikasi.
Jangan kau menilai dari rupa
Kerna semuanya milik Dia
Betei tu. Dan dia teringat tentang betapa orang lain menganggapnya sebagai seorang yang sempurna, tiada kejahatan terpalit di mukanya sampaikan dia rasa kena control semuanya, kena jadi someone lain dan mahu saja dia nak jerit "Aku punya jahat engkorang dah nilai ke?"
Hati ini akan ku jaga
Dia hanya sigh. Apa yang ada di kepalanya biarlah Allah sahaja yang tahu.
Kerna ku hanya manusia biasa
Dia angguk.
Rumah sudah di hadapan, lagu sudah habis.
Dia keluar daripada kereta dan dengan bangangnya dia mengeluh "biar dengar lagu korea, lirik tak paham asal rentak seronok maka takdelah aku lupa nak pergi seben eleven. Tak patut betei melayan perasaan."
Sia-sia je keluar malam sampai keluar duit, ingat dapat beli meggi.
| Makanan paling sihat by chef Ainsha |
Ulasan