entahlah
Takde idea tapi nak menulis so lahirlah entry kosong cemni. Bacalah kalo rasa nak buang masa.
Dia berbaring kaku di atas lengan neneknya, jam sudah pukul 2.49 pagi, masa berbaki beberapa minit menghala pukul 3 pagi dan dia masih tidak boleh melelapkan mata, melepaskan lelah walaupun badanya terasa sangat penat setelah berhempas pulas menjayakan majlis aqiqah dan cukur jambul Nur Zara Allisha walaupun dia tengok adik sepupu dia tu mana ada jambul. Ya dalam kepala hotak dia membayangkan jambul elvis presley. Jenis kepala hotak kanak-kanak, imaginasi penuh. Masuk hari ni dah tiga hari dia jadi seorang insomnia walaupun hakikat dan hakikinya dia memang seorang yang sangat penat untuk minggu ni. Sesekali mindanya mengflashback jalan cerita Insomnia, filem pasal seorang detektif yang tak boleh tidur kerana faktor musim panas di Greenland, Alaska.
Penat dia mengelamun memikirkan masalah tidurnya, dia mengulas lembut rambut neneknya yang kian disapa tua. Dia kemudian berkalih ke kanan, berharap posisi kali ini mampu membawa dia ke tanah jajahan mimpinya namun semuanya hanya omongan kosong bila nafsunya meminta dia bermain game 2048 di dalam heponnya. Hepon di tepi bantal di capai, dia senyum gila pabila jarinya menyentuh skrin lock yang wallpapernya berupa 12 orang pakwe EXO yang kacak lagi comel. "Aghhhh, boleh gila aku dengan korang ni" perlahan dia membisikkan ayat tersebut sambil jarinya laju menekan icon game 2048 yang memang khas dia letak di menu utama. Namun mindanya masih mengulang peristiwa-peristiwa comel pakwe 12 tu dalam EXO Showtime, lantas dia pause sebentar game dan keluar ke icon music. Jarinya mencari folder EXO dan lantas memasang lagu "Baby Dont Cry", Malam cemni molek layan lagu slow, buat mata ngantuk ye idak.
Earphone dipasang agar neneknya tidak terganggu dengan cara dia hidup malam itu. Setelah berpuas hati dia kembali game 2048, cuba memecahkan rekod adiknya. Dalam sibuk mindanya memikirkan strategi, mindanya kembali mengingatkan dia mengenai peristiwa heponnya yang jatuh longkang pagi kenduri. Dengan riang rianya dia bangun dari tempat duduk penumpang tanpa perasan kehadiran heponnya di atas riba dan akhirnya pulp di dalam longkang yang air busuk separas penuh longkang. Dalam 3 saat jugaklah dia terpampam sebelum adiknya menjerit meminta dia untuk bergegas menyelamatkan natang hepon tu daripada terus terendam. Antara mimpi dan realiti dia rasa bila memegang heponnya yang basah lencun namun masih elok menyala. Hatinya berdetik, "Kuat jugak kau ni, memang ikut tuan kau ni". Mwahaha. Dia gelak seorang.
Sedar tak sedar, dia mula rasa matanya mahu surrender daripada menyeksa dia daripada tidak tidur. Dan diam tak diam, dia sudah berkeruh dan selang beberapa minit, penggera heponnya menyanyikan lagu Growl. Dan dia bangun subuh dan terus terusan meneruskan hidupnya yang macam kosong. The end.
P/s: Dan bilamana semua benda nak EXO. Aku risau je tempat ni jadi markas exo. Persetankan.



Ulasan