Mereput
Aku taknak cerita panjang, masa pun dah suntuk, skrip emcee event Learning English untuk program Riang Ria Raya aku pun tak siap lagi nih dan sebelum mood malas aku datang, adalah baik aku mengenalisis sedikit masalah kemalut politik bulatan gembira.
"Tudung labuh, mentaliti low"
Once again aku dengar masalah orang salahkan tudung kerana attitude pemakainya. But kalini lagi dasat. Dasat cemana? Cengini
"Tudung labuh mesti nak geng dengan tudung labuh je. Taknak bergaul"
"Close minded lah tudung labuh"
Dah kenapa?
First, aku tak paham apa yang dimaksudkan dengan mentaliti low tu dan perkaitannya dengan sehelai tudung yang langsung tak berdosa. Apa yang aku paham, mentaliti low ni macam ke arah gila. Masalah mental. Gila. Crazy. Kalau salah, ampunlah.
And we are, we are, we are, we are, we are
The crazy kids, we are the
We are the crazy people
Aku dengan gila memang orang dah kenal pun, ni makwe-makwe lain yang azali normal, asal usul memang perempuan sejati tu kau mana boleh habaq dia gila. Bak kata classmate kedah aku, PUNGKUQ DIA. (even aku tak tau makna tapi bila disebut dengan nada ke-empat hanzet mandarin memang seronok)
Ok, persetankan, Kita husnuzon, mungkin dia terkena prank dengan tudung labuh pengamal syiah sebabtu dia habaq kita gila. Sokay.
Second, kalau nak lemparkan ayat "Tudung labuh mesti nak geng dengan tudung labuh je. Taknak bergaul" kat aku, memang salah besarlah. Aku ni bukan jenis berfesyen so apatah lagi nak tengok pemakaian orang lain pastu nak memilih bagai. Eh kosserlah. Aku bergaul je semua, lelaki je aku letak batas tinggi-tinggi, biar mereput takutkan aku. Even bila aku balik Lepeh, bebudak MAGS dengan Skuad Belen still aku ajak mengeteh bagai. Fandom tu lagilah, orang bukan islam ramai je aku ajak borok.
Third, kalau open minded tapi langgar sunah Rasullullah, perintah Allah SWT, bersyukurlah aku jadi closed minded.
Akhir kata, jangan salahkan tudung bilaman kau marah dengan tindakan si pemakai. Tudung tu hanya pelengkap bagi tuntutan menutup aurat bukan sebab dia dah cukup suci, cukup wali untuk layak memakai bidang 50 atau 60. Satu lagi, mohon rujuk diri sendiri dulu sebelum cite rujukan lain dalam laporan penghakiman anda.
Sekian.
Meja editor: Kalau rasa ada tak puas hati dengan penulis boleh mintak lunaskan di Kidzania 30 August ni.
Meja editor: Kalau rasa ada tak puas hati dengan penulis boleh mintak lunaskan di Kidzania 30 August ni.

Ulasan