khalilah

Kekandang ku tertanya
pada hariku, ku terima berjuta kata rahmat
bagaimana pulak pada harimu?
Ku harap Allah merahmati hari mu,
seperti mana Allah merahmati setiap umat Rasulullah.

Kekadang ku berkata
Pada separuh jiwaku
Siapa kita untuk mengetahui
dan apa ada dengan dia untuk kita?
Ku harap Allah menjaga diri ini,
meletakkan aku dan kamu di tempat yang betul.

Kekadang ku tersenyum
Melihat keberadaan diri
yang berada dalam dakapan dakwah
Adakah kamu pun sama?
Ku harap kamu tak menyalahkan aku di depan Allah kelak
kerana tidak menyuluhkan apa yang hakiki.

Pada setiap jiwa hati manusia yang ada di muka bumi ini,
ku harap kamu semua sentiasa berada dalam dakapan tuhanmu :)




Ulasan