Blog tanya apa khabar?


Assalammualaikum..eher

Terasa macam setahun aku buat pengabaian secara telus terhadap blog ni. Ntah kenapa kan?

So 2014 dah berlalu and we can see entry post dia kemain makin kecundang, and now is 2015, dan makin menjengah ke Februari, Ainsha akhirnya update blog. Yehett

Aku harap masa yang dicuri sedikit ini untuk menaip kat sini Allah berkati since Islamic Laws pun aku tak khatam lagi tapi Insyallah, stay up lah kita malam ni.

Act,sem lepas banyak kisah yang tak terkisahkan kerana ntah mungkin sebab kecelaruan idea, kemalasan menaip dan kesibukan menjadi seorang manusia buat aku pandang sepi je natang ni. Dari kes hepon aku rosak, percutian Pulau Pangkor yang tak menjadi sebab assignment bertimbun sampailah ke kes histeria besaran, semuanya tertunda dekat draff. Kau rasa?

Kes histeria tu aku rasa banyak bagi panduan dan hikmah since kes tu terjadi masa study weeks. Adalah dalam seminggu, agak kesianlah ke bebudak accountant sebab benda tu jadi time diorang ada paper. Alhamdulillah, semester kali ni, banyaklah perubahan dilakukan selepas mengambil dasar pandang kembali terhadap perilaku bebudak ni, hubungan sosial and sewaktu dengannya.

Walaupun pada dasarnya ia sebuah ujian, Alhamdulillah, ia menguatkan aku dan mungkin mematangkan sedikit aku even aku rasa gigi bongsu aku terbantut nak tumbuh and gigi taring aku pulak makin bertambah tapi akhirnya tak menjadi nak tumbuh. Sebab bak kata makwe-makwe, sebab Allah bagi ujian tu sebab Dia rindukan kita. And Allah tak bagi ujian kalau kita tak mampu nak hadapinya.

"Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku" Sebenarnya itu adalah ujian tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. [39:49]

Kekadang aku tak mengharapkan lebih daripada apa yang aku inginkan. Walaupun kekadang ada juga terhasrat dalam hati ni nak merasa namun tahu kebatasan diri cemana but Alhamdulillah, 3 sem mendaki berjaya juga dicapai. Waktu memula dapat tu, aku tak percaya sebab aku ni bukan cara sangat pasal hal akademik kolej pastu balik kolej awal Jan tu, bebudak ni belaka marah ke aku sebab tak bagitahu kebenaran. Sedangkan aku pun tak percaya inikan pulak nak gebang seluruh alam. But still dalam hati ni takut, takut muncul perasaan ujub riak takbur. So instead angap ia satu hadiah, still aku rasa ia sebuah ujian daripada Allah untuk ngetest sejauh mana hati aku boleh tahan. Semuanya berbalik kepada niat. Benda tu aku selalu letak dalam kepala; "kau belajar sebab apa?" "Kau buat tu sebab apa?" Kau menaip blog ni sebab apa?" sebab aku percaya, everything that we start with niat kerana Allah akan memberikan hasil yang baik. After all, syukur pada Allah yang memberi segalanya.

Asasnya, aku nak gebang yang aku dah lama tak menaip dan ada berperasaan untuk bersara daripada menulis (eja ainshamalas) , ujian yang menguatkan (eja ainshatrong) (Alhamdulillah), nikmat as ujian? (eja Ainshaterbeban)

P/s: Bahasa Melayu aku kelaut apetah lagi tajwid bahasa alien aku.


Ulasan