Coolness in my soul
Pada suatu malam, saya (orang kata perkataan aku tu kasar sangat, mana boleh orang usrahwi guna
tapi padahal tiap kali doa, mintak kat Allah guna aku kau juga) bertanya kepada Ad berapa taraf kecomelan
saya.
Ad dengan muka menyampah mula menampakkan reaksi malas melayan namun saya
gagahi juga mengannoykan dia sehinggalah dia melayan saya dengan membisikkan
kata “Aku tampaq juga hang ni.”. Saya pun gelak besar tanda puas kerana dia
sudah berang dengan saya.
Namun kemudian dia kata, “Hang tak comel, tapi hang
cool.” Tenang sahaja dia berkata. Saya mula terpampan, apakah sebabnya dia
berkata sedemikian rupa. Saya pun bertanya kenapa.
“Sebab hang boleh borak
pasal ISS dengan menggunakan english dan dihadapan orang ramai padahal
hang time tu kerja group dengan budak laki lain tapi budak laki lain nampak
macam tak guna bila hang boleh citer berita tu dengan fluent.”
Saya cuba
mengingati balik situasi dan peristiwa itu, ya peristiwa di zaman semester 3,
berani mati jugaklah saya membentangkan ilmu yang tak seberapa nak ada ni
memandangkan ahli group saya yang lain semua dah jadi batang kayu kat depan.
Mujurlah kicauan tweet burung biru tiap hari menjadi satu advantage untuk
belajar mengenai berita dunia kala itu.
Bercakap mengenai saya yang cool,
Aisyah, bekas classmate saya sewaktu sem 1 pernah menyamakan ke-cool-an saya
dengan crushnya yang mana merupakan bekas Presiden DECOM (kursus yang saya
belajar kala ini). Maka tiap hari saya usha crush dia untuk belajar dan
mengkaji bertapa cool-nya saya sehinggalah saya merasakan saya ni sangat cool
dan juga seorang yang handsome. Alhamdulillah, saya masih lagi straight
walaupun begitu. Tetapi sekarang saya rasa ke-cool-an saya makin cair, tidak
tahulah kerana faktor cuaca atau saya gelar summer sekarang ni. Sungguh, kolej
saya cool sebab menyediakan infrastruktur yang bagus untuk persediaan ke luar negara sehinggakan musim pun diaorang provide. Bayangkan kala hujung sem (saya
gelarkan musim sejuk), kami semua akan memakai beberap lapis baju kerana cuaca
yang sangat sejuk sehingga merasakan bahawa akan ada salji akan turun, musim panas
tak perlu dibayangkanlah beberapa helai baju tak perlu dipakai kerana kepanasannya.
Alhamdulillah, selepas ni kalau tercampak di negara beriklim sejuk, kami tak
perlu bersusah payah nak beli baju sejuk, hanya guna baju yang sudah terbiasa
di kolej.
“Ad, jom teman aku pi tandas.”
“Cool jadah pi tandas pun seriau. Pi lah hang, malas koser.”
Berakhirnya lah ke-coo-lan saya di mata Ad pada malam itu.

Ulasan