Hanya perkongsian



Ikhtilat
Senang digebanq
Susah nak dijaga

Dulu ada jugak soalan ditujukan kepada akak kesayangan pabila isu ikhtilat dimusyawarah
“Kalau berbalas komen kat laman social gimana?”
“Berbalas mengenai apa? Urusan paduka seri pentingkah?”
Dan tetiba ada mencelah
“Ala, takpe sebab laman social kan ramai boleh tengok so kita takkan teragak nak berbual menda lain”

Aku cuba berfikir sedemikian,

Aku cuba

Sebab fikiran aku mengatakan
“kalau orang lain baca and syak korang ada pape pastu mula lah menyebarkan fitnatul? Kalau dari balasan komen tu boleh meleret kepada benda lain? Kalau balasan komen tu boleh menimbulkan satu perasaan anih-anih?”

Ya, orang boleh kata

“Kawan sekoloh je pun. Dulu si polan tu jongos, tak hinginlah aku ke dia. Aku berbalas ni pun sebab lama tak berjumpa. AH yer semua menda nak negative”

Ye, aku, iktilat dan berfikiran buruk tidak pernah berpisah.
Dan mungkin itu sebab aku dapat gelaran JAIP

“Akak tak tahulah nak nasihat cemana sebab korang ni generasi berteknologi. Semua menda dibahaskan melalui media tekno. But untuk kebentengan iman dan diri, mohonlah adik-adik tahu apa yang penting semasa berkomunikasi. Akak tak halang korang berinteraksi, Cuma mohon pandailah letak priority kepada benda yang penting. Kalau untuk urusan hajat, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just untuk tanya khabar dan lain-lain yang tak ada kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda asal, HARAM.Yang penting, jangan meleret. Sebab syaitan ni ada banyak trick nak goda korang. Ingat. Maka, berhati-hati.”

Dan untuk menjadi contoh teladan yang baik bukan narsistik sebagai orang yang dah mendapat pencerahan melalui bulatan gumbira bukankah menjadi liability anda untuk menjaga apa yang patut selain menarik saudara ke dalam lembah kesejahteraan?

Ye, hamba juga insan yang pendosa :)

Harap Faisal Tehrani buat artikel pasal kes ni so aku ada menda nak dibuat dan dipikirkan




Ulasan