21




Selalu dibandingkan, apa yang anda seorang yang berumur 21 sudah lakukan kepada dunia?

Seorang ainsha yang berusia 21 tahun sudah berjaya menakluk katil queen daripada adiknya Sarah. Seorang yang baru terkedek-kedek nak ambik kelas memandu. Yang masih muntah menaiki kereta sewaktu nak ambik test komputer but still manage to get full mark (ehem) *riak tho* Yang gila kekok hadir ceramah memandu sebab yang lain semua budak lepasan spm dan engko seorang budak lepasan dip yang menganggur sebab majlis konvo lambat lagi dan panggilan ijazah masih jauh sedangkan panggilan izrail bebila boleh terjadi.

Dia ada impian to travel the world but ironinya, nak pergi Serdang pun awal-awal lagi surrender sebab jilakanya pengangkutan nak kesana. Lebih mencarut daripada berusaha but hey I ada tanya gegirls Iolss but diorang busy but still paksa aku menghadap sembah kolumpo bebila masa selain masa yang aku berikan. At the end, aku tahu aku lebih selesa menghadap dinding bilik aku sambil ditemani buku dan selimut yang hangat. Tapi bila wonderlust datang, aku tahu nak buat adventure aku sendiri. Siapa je yang ada masa tahan bas Pahang Lim Seong yang uzur tu pergi Jerantut pastu naik pulak bas city liner ke Temerloh then naik pulak bas ke Triang then buat ayat pasrah sedikit untuk meminta simpati alang utnuk jemput kat stesen bas. Ada lesen nanti, mungkin ada lepas ke Utara. Hmmm

Mak aku selalu cerita, betapa tidak sihatnya aku sewaktu bayi walaupun sihatnya berat aku ialah 3.5 kg saat itu. Pelbagai warna demam aku tempuhi, ruam menjadi peneman, variasi jenis jarum dan suntikan, but she know, this baby girl is strong. Dan itu menjadi cerita penguat saat aku down.

Sebab aku sejenis yang mendorong diri sendiri untuk tabah hidup.

Dan aku tengah emosi tak stabil  sebab aku seorang yang berusia 21 tahun.

Thank you for still writing.

Ulasan