Kulompo


Kelmarin aku kelumpo
Setelah bertahun tak kunjung tiba
Kulompo masih tetap begitu
Walau sedikit kelabu
Bukan sedikit mungkin beribu

Jauh beza dengan klipis
Berlangit biru buncho
Masih seperti itu

Kalau dulu bezanya dua jam
Kini bezanya bermacam-macam

Syukur aku disini
Merafak sembah pada tuhan
Kerana belum dicampak jauh
Dari negeri ini

Masih bisa melihat kabus pagi
Menghirup nafas segar si hijau daunan
Mengucap syukur beralun puji

Some clips

Ulasan