Rahsia Tuhan

Waktu drive balik dari Raub tadi, lagu Rahsia Tuhan keluar ikut playlist Spotify aku yang semacam membawa aku masuk ke zaman belia remaja. Semuanya Rahsia Tuhan yang mana aku dulu seorang Ainsha yang kini pada tahun 2024 menjadi seorang Encha. Lalu terbitlah bicara-bicara halus yang mana dulu akan selalu ku simpan untuk dicoretkan disini. Bukan untuk bacaan sesiapa tapi untuk bacaan sendiri di masa depan.

 Seperti kapsul masa.

Untuk peringatan dan diingatkan

Bahawa aku dulu pernah begitu dan sekarang aku begini.

Cuma sekarang untuk aku selalu menulis disini sangatlah tidak menyakinkan lantaran pekerjaan aku pun butuh aku menaip beriban surat rasmi untuk diemel, atur cara program untuk dirangka bersama pasukan protokol, tatacara perolehan yang perlu diuruskan mengikut pekeliling rasmi agar diri ini tidak bersarung baju oren kelak dan kerja-kerja lainnya yang seiring usia dewasanya. 

Ainsha dewasa?

Fizikalnya begitu namun tidak tingkah lakunya.

Namun si dewasa ini sudah mampu untuk mengadakan apa yang si kecil tidak mampu dahulu.

Ainsha dulu tidak mampu makan tiga kali sehari. Bukan sebab dia miskin. Ibubapanya pun penjawat awam tapi sebab diorang penjawat awam yang kerjanya sampai jam lima kadang lebih, makanan hanya sempat diberikan sekali sehari. Ainsha tidak pernah merungut sebab dia sudah biasa makan sekali sehari. Kadang bubur nasi jadi lauk dek hari gaji belum sampai. Kepci hanya setahun sekali boleh dimakan. Mekdi langsung lah jarang bertemu. Pizza hanya bila pulang ke kampung. Kampung ya kampunglah tempat Ainsha dapat makan secukupnya. Kebiasaan cuti sekolah memang situlah tempat Ainsha bertandang. Dia suka sebab bukan saja dapat makan, malah dapat internet dan peluk tok wannya waktu tidur. Ya di kampung dia anak bongsu kalau dirumah dia akak garang.

Sampailah Ainsha sambung belajar di Kolej, dia kenal apa itu tekanan. Dia kenal apa itu makan malam. Dia kenal makanan boleh dibeli sesuka hati. Dia kenal nikmatnya makanan. Pelbagai jenis makanan dia terokai. Ainsha yang dulu kurus sekarang dah gemuk. Walau susah hati gemuk tapi dia senang hati sebab mencapai nirvana keenakan makanan. Sampailah sekarang, pantang ada tempat makanan baru dan viral, pasti akan diperginya. Tidak kira berapa ratus kerana dia sudah mampu.

Ainsha juga pernah terpuruk layu. Tidak tahu mahu menjadi apa. Kala usia remaja, dia hanya mengikut cita-cita orang sebab dia tidak pernah berimpian. Dia tidak sedar kemahiran yang dia ada yang dia tahu dia kena ikut kata-kata orang sekeliling. Maka bila sudah capai umur untuk bekerja, dia hilang arah. Dia tidak tahu mahu jadi apa. Mungkin pulang kepada Tuhan adalah lebih baik daripada menghadapi dunia pekerjaan. Semua orang risau. Ainsha semakin hilang dalam kelam. 

Berkah doa ibu, harini Ainsha hidup kembali sebagai korporat yang keparat. Kerja yang sibuk. Kadang sampai malam kerjanya. Nama saja penjawat awam, sabtu ahad kadang kerja. Raya Aidilfitri pun kadang tidak beraya bersama keluarga kerana program itu ini. Ironi kan, dulu dia bangkai bernyawa yang menghitung hari untuk mati. Sekarang dia berkerja sampai nak mati.

Syukur Tuhan atas rezekinya.

Semua sudah dicapainya, berjalan ke sana sini. Ke dalam dan luar negara. Perkakas gadjet berjenama buah dimakan sampailah yang boleh dilipat seperti phone dia masa zaman sekolah dulu. Semua sudah untuk mententeramkan si Ainsha belia remaja yang tidak punyai apa-apa. 

Cuma jodoh saja belum sampai. Tidak mengapa. Itu kehendak bukan keperluan. Eh?

Rumah orang tua-tua sekarang ni pun dah canggih, mungkin zaman aku tua nanti lagi ekslusif.

Jadi Ainsha di masa depan, jika anda kembali kesini dan baca entry ni, aku harap kita disana masih baik-baik saja. Dan tulislah entry baru untuk Ainsha masa depan dan untuk si junior Encha.



Ini rahsia tuhanTertulis masa depan~~

Ulasan