Bendera Merah
Nina merenung kalendar mejanya, lagi 2 minggu hari gaji. Jarinya masih ligat scroll down menu di aplikasi air kopi franchais terkenal buatan Malaysia. “Boleh lagi ni buat order air matcha, servis kereta minggu depan ni kita gunalah duit simpanan. Takde matchalah lah kalau duit tak cukup, mende boleh puasa” gumam Nina sendirian.
Setelah selesai memesan minuman, Nina teringat akan whatsap daripada nombor yang tidak dikenali. Sejenis Nina, kalau malam hari, dia tidak akan membalas sebarang whatsap yang masuk kerana di aplikasi tersebut selalu digunakan Nina untuk pekerjaan jadi dia agak kemurungan kalau menekan masuk aplikasi tersebut bila habis waktu kerja. Tambahan pulak dia sedang tidak baik kerana sudah 3 hari, kekasihnya ikut serta mendiamkan diri. Padahal salah kekasihnya juga yang membatalkan janji temu di hujung minggu kelmarin. Mana Nina tak baran, 3 bulan tidak berjumpa lantaran kekasih sibuk berkhidmat di Negeri Kelahiran sendiri. Kalau sebelum ini kekasihnya tenang menjaga daerah di negeri yang sama dengan Nina, daerah tu pulak hanya ambil masa 40 minit sahaja dengan tempat Nina menyara hidup maka tiap minggu mereka boleh berjumpa. Kini bila kekasihnya ditukarkan secara tetiba ke negeri asalnya yang ambil masa 4 jam untuk berjumpa, Nina agak sensitif dan kerap ajak berantam.
Nina membuka aplikasi Telorsegeram, tempat yang selalu Nina berbual dengan kekasihnya. Nina tidak suka mencampurkan hal kerja dengan peribadi lantas menggunakan aplikasi tersebut untuk berhubung dengan kekasihnya tanpa stress memikirkan hal kerja. Balasan terakhir daripada kekasih masih utuh tidak bergoyang. Dibalas read oleh Nina sedari 2 hari. Nampaknya kekasihnya utuh mempertahankan Minta Maafnya yang tidak dapat berjumpa Nina hari kelmarin kerana kerja tanpa mencari Nina atau risau kenapa Nina tidak membalas pesanannya. Kalau dulu, Nina lupa reply atau tidak membalas pesanan kekasihnya untuk berapa jam, kekasihnya akan mencari dengan pesanan yang membuat hati Nina cepat lembut. Sekarang ni, Nina yang merajuk akan selalu dikesali oleh kekasih seolah-olah Nina adalah bebanan yang membuatkan kekasih penat dan seperti Nina tidak paham akan situasi kekasih.
Ya, kekasih Nina selalu mengadu tempat barunya terlampau sibuk. Kekasihnya turut menangguh semester terakhirnya dalam Master kerana merasakan tidak sempat untuk dia memberikan komitmen terhadap perkara tersebut. Nina agak berat hati bila kekasihnya memberitahu hal tersebut kerana Nina sudah bersiap untuk langkah seterusnya. Nampaknya pelamin aganan Nina musnah lagi untuk tahun hadapan kerana janji sang kekasih untuk langkah yang serius selepas kekasihnya habis belajar.
Nina mengeluh berat memikirkan hal cinta sedangkan hidupnya sudah terlalu menekan-nekan dengan kerjayanya. Jarinya kembali menekan ke aplikasi whatsap dan membuka balasan daripada orang asing yang bertanyakan mengenai bilik sewa. Duduk di perantauan ni, tidak memasal Nina menjadi Ibu rumah yang dituruni daripada rakan serumahnya yang telah berpindah keluar kerana berkahwin. Rumah sewa milik Encik Nik, salah seorang pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara ini telah menjadi rumah kedua Nina. Dengan hanya sewa RM500 pada tahun serba mahal ni, Nina sudah bersyukur walaupun tidak ada penghawa dingin atau perabot mewah. Rumah sewa yang mempunyai 4 bilik ni sudah dihuni oleh 3 orang penyewa termasuk Nina. Bilik kosong dihujung tandas tu sebenarnya Nina malas nak iklankan kerana bilik tersebut seperti stor yang tiada tingkap mahupun kipas namun bilik tersebutlah menjadi bilik pertama sejak Nina berkerja di daerah sepi ini. Jadi Nina merasakan hanya orang yang hati kental dan sibuk kerja sahaja yang layak duduk di bilik tersebut. Nina masih merasa kagum dengan dirinya yang mampu bertahun duduk di bilik tu selama 2 tahun sebelum nekad berpindah ke bilik yang ada kipas siling, iaitu bilik di sebelahnya.
Nina membalas pesanan orang asing tersebut yang bertanyakan bilik kosong dan samada berdekatan dengan hospital. Nina beranggapan orang tersebut mesti kerja di hospital seperti Kak Hana, penyewa bilik bawah yang berkerja sebagai jururawat dan merupakan penyewa paling lama. Dia menolak menjadi ibu rumah kerana merasakan dia tidak pandai mengira bayaran sewa untuk 4 orang. Nina hanya merasakan Kak Hana hanya malas untuk memikirkan masalah sewa kerana baiklah Kak Hana memikirkan masalah anaknya yang jauh di Kampung halaman.
Nina terus mengirim gambar bilik dan menjelaskan bilik tersebut tidak mempunyai kipas dan parking kereta juga terhad. Nina tidak mengharapkan orang asing tersebut bersetuju untuk bilik tersebut kerana merasakan letih untuk mendengar aduan bilik tu panas atau masalah berebut parking.
“Boleh hantar lokasi? Saya nak tengok berapa minit?” Orang asing bertanya
Nina berkerut memandang mesej tersebut. Dia di pejabat sekarang ni, dan rumah tengah tiada orang kerana semua keluar berkerja. Ah budak ni. Tapi Nina sabar dan teringat dia pernah mengirim lokasi kepada Emelda, penyewa bilik utama sewaktu dia memula nak tengok bilik. Nina langsung meng-forwardkan lokasi tersebut kepada orang asing.
Kenapa Nina tidak bertanya nama dengan jawatan orang asing tersebut? Ya sebab Nina tidak pernah berminat dengan kehidupan orang lain. Sama di pejabat, Nina sibuk dengan kerjanya dan tiada masa untuk mendengar cerita orang lain. Lantaran itu, bos selalu meletakkan kerja SULIT kepada Nina kerana Nina bukan radio buruk yang selalu mencungkil cerita orang dan kemudian bercerita kepada lain. Nina juga tidak faham kenapa orang terlalu ingin mengetahui tentang orang lain dan bagaimana orang tersebut masih banyak air liur untuk tetap bercerita tanpa jemu.
“Oh ok, Sya rasa mcm berminat dengan bilik tersebut. Boleh tak sya dtg tengok rumah?”
Nina berkerut lagi memikirkan bilik tersebut telah dikemasnya sebulan yang lalu. Ni kalau nak tengok sekarang, mahu terkejut si orang asing ni sebab mesti penuh habuk. Nanti mesti Nina kena judge tak reti kemas rumah. Anak dara pemalas. Oh tidak Nina tidak boleh terima tanggapan tersebut. Walaupun rumah ni ada 3 orang penyewa namun yang selalu mengemas, mop lantai, cuci bilik air dan buang sampah tentulah Nina. Nina pun tidak paham apakah yang lain merasakan Nina ni tuan rumah tersebut jadi Nina lah kena kemas atau mereka tidak apa-apa kalau rumah ni kotor tidak dikemas waima sebulan sekali. Nina tetiba rindu dengan penyewa lama bilik utama iaitu Aina. Selaku orang lama dan Ibu rumah, dia akan mengemas rumah seminggu sekali kalau dia tidak pulang ke dapur. Dia tidak mengajak tapi Nina akan turut serta dia mengemas kerana merasa segan. Dan kadang-kadang bila Nina mula mengemas dulu, Aina akan turut serta tanpa perlu Nina mengajak. Seperti simbiosis yang baik menzahirkan ruang rumah yang kemas dan bersih. Namun selepas Aina berpindah kerana berkahwin, tinggalah Nina sendiri. Dan Nina juga sibuk berkerja jadi hanya boleh dilakukan bila Nina rasa rajin dan tidak penat.
“Nak datang bila ye?” Nina bertanya.
“Harini saya lapor diri sampai pukul 5 petang” orang asing agak laju membalas pesanan Nina.
Nina berfikir sejenak. Nampaknya Nina terpaksa menipu mengatakan dia pulang kerja pukul 6.00 petang walaupun hakikatnya waktu kerja dia habis pukul 5 petang. Adalah masa sikit untuk Nina pulang mengemas. Nina pun membalas pesanan dengan waktu yang ditipu sunat dan si orang asing bersetuju dan meminta Nina untuk mesej dia bila sudah sampai rumah.
Petang itu baru jam 5 tapi suasana gelap seperti sudah malam. Nina kalut memandu pulang kerana risau orang asing tersebut sudah berada di kawasan perumahan tersebut. Bagi Nina biar dia yang menunggu, dia tidak suka orang yang menunggu dia. Sampainya di rumah, Nina terus ke bilik hujung sambil membawa vakuum yang dimenangi di Cabutan Bertuah di acara makan malam pejabatnya. Selesai vakuum bilik dan merasakan sudah kemas untuk standard Nina, Nina terus ke dapur untuk minum air sejenak. Kemudian Nina terus ke ruang tamu dan menunggu kehadiran si orang asing yang mengatakan dia lewat sikit. Nina menekan gambar profil orang asing tersebut dan melihat si orang asing ada membuat katalong untuk jualan bunga kejutan. Seperti ada mentol yang menyala di atas kepala Nina, Nina merasakan adakah orang asing ni sebenarnya penghantar bunga yang telah diupah kekasihnya yang ingin memujuk Nina dengan cara kejutan. Bermacam-macam fikiran terbentuk di kepalanya. Nina tetiba rasa berdebar dan perutnya pun turut rasa memulas minta dilepaskan keluar. Nina tidak mahu menaruh harapan namun hatinya sudah diinjak-injak dengan jutaan bunga cinta. Si orang asing mengatakan telah sampai, Nina terus bergegas membuka pintu sambil membetulkan tudungnya. Namun bila Nina menjenguk ke luar, tiada kereta yang muncul, yang ada hanya titisan hujan yang masih lebat. Nina lantas membalas pesanan si orang asing mengatakan tiada sesiapa di luar. Risau juga Nina kalau orang asing si penghantar bunga Nina ni sesat. Si orang asing mengatakan dia tidak jumpa parking yang sesuai. Lantas Nina mencadangkan untuk parking sekejap di tempat Kak Hana. Tak lama kemudian meluncurlah kereta MyVi putih yang Nina nampak seperti ada jambangan bunga besar berwarna pink di tempat duduk penumpang. Hati Nina sudah tidak keruan. Rasa seperti mahu dibuang ego dan rajuknya kepada kekasih dan menelefon kekasih untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga. Nina sabar menunggu si orang asing memarkir dan keluar daripada keretanya namun harapan untuk Nina melihat si orang asing mengambil bunga di tempat duduk penumpang hancur kerana si orang asing terus berlari ke arahnya dengan memakai baju uniform Medical Officer. Nina hanya sengih kerang sambil hangat menyambut si orang asing yang bernama Masliha. Dan bunga yang dilihatnya itu sebenarnya adalah bantal kereta. Dalam hatinya tidak habis menyumpah dengan harapan yang diberikan oleh dirinya sendiri. Esok Nina nekad akan menelefon si kekasih.
Bendera merah dinaikkan samada tanda perang atau tanda dia.

Ulasan