Tenanglah

 Ani penat.

Ani letih.

Penat melayan keserabutan dalam kepalanya. Seperti berpintal-pintal di setiap ruang. Bising dengan soksek perkataan daripada buah hati dan fikirannya sendiri.

Ani letih memahami dirinya sendiri. Paling letih bila dia tidak tahu bagaimana lagi nak pujuk diri sendiri yang tetiba hilang minat, hilang semangat dan hilang selera. Omputeh kata ‘NUMB’. Ya itulah dia rasa. Kalau dulu bila dia stress atau sedih, dia pintar mencari makanan yang diminatinya untuk memujuk dirinya sendiri. Kalau takpun dia akan planning untuk berjalan kemana-mana untuk healing dan hilangkan perasaan yang negatifnya. Paling koman pun dia akan tidur sahaja untuk menghilangkan rasa tidak baik itu. Namun sekarang, dia tidak ada rasa apa-apa. Makan pun tidak selera, berjalan ke mana pun buat dia rasa penat. Tidur pun sukar bagi dia melakukan. Yang dia boleh buat sekarang terbaring malas di atas katil bujangnya, bersendirian tenggelam dalam kegelapan biliknya.

Dia penah pergi ke farmasi untuk meminta cara untuk mudah tidur. Ani sangat naif orangnya, dia sangat mudah berborak dengan orang, maka tanpa segan silu Ani menceritakan bahawa dia sukar tidur jadi dia menggunakan ubat batuk untuk membuatkan mudah tidur namun dia tahu perkara tersebut tidak baik jadi sebab itu dia mahu membeli ubat tidur yang halal dimiliki di farmasi. Seperti yang Ani bayangkan ahli farmasi tersebut sangat terkejut dan menasihati Ani untuk ke klinik. Namun dia sempat memberikan Ani ubat yang bernama Magnesium. Katanya ubat ni mampu membuatkan Ani tidur lena. Ani memcubanya pada malam itu juga namun kantuknya masih belum boleh diubati cuma dia dapat tidur yang dalam tanpa gangguan mimpi atau fikiranya. 

Itu gangguan mahu tidur. Gangguan bangun tidur ni lain pulak perangainya. Kalau dahulu masa Ani memula kerja, pukul 5 pagi sudah Ani bangun untuk solat dan bersiap ke tempat kerja. Padahal waktu itu, jarak rumah sewanya ke tempat kerja hanyalah 5 minit sahaja namun pukul 7 pagi dia sudah tercongok di meja kerjanya. Jam bekerja bermula pukul 8 pagi. Ani tidak bersarapan kerana dia sudah terbiasa berperut kosong awal pagi. Dia akan makan tengah hari sahaja namun tempat kerja baru ini menganggap Ani sombong kerana tidak bersarapan bersama di pantri pejabatnya bersama rakan sekerja yang lain. Kerana tidak mahu dicemuh orang, dia pun mencuba membeli makanan pagi dan bersarapan bersama. Ani tidak suka tapi kerana mahu survival di politik tempat kerja, Ani hanya pasrah. Setelah 2 tahun disitu barulah Ani berani untuk tidak bersarapan bersama. Tambahan kerjanya makin banyak membuatkan dia tidak ada masa untuk menganggap tanggapan orang lain terhadap dia. Berbalik kepada gangguan bangun tidur. Ani yang sekarang merasa amat sulit untuk bangun dari tempat tidurnya. Walaupun jam sudah pukul 7 pagi namun Ani masih terbaring lesu. Paling lambat Ani beranjak dari katilnya pada jam 7.45 pagi itupun kerana dia datang bulan dan tidak boleh solat, ya Ani solat subuh gajah. Dia memang tidak mampu untuk bangun awal walaupun dia sudah berusaha sedaya upaya dia. Bahkan dia telah tidur awal namun masih tidak boleh. Namun hal ini terjadi sewaktu hari berkerja sahaja. Bila hari cuti, automatik matanya cerah jam 6.00 pagi tanpa sebarang masalah. Ani bingung dengan masalah ini. Tapi bagi Ani selagi borang kehadirannya masih tidak merah, dia masih selamat untuk berbuat demikian.

Ani juga tidak takut. Dia pernah berfikir untuk terjun dari tingkat 1 bangunan pejabatnya. Dia membayangkan kalau dia terjun, kepalanya akan menghentam permukaan lantai. Hidungnya pasti merasa sakit perit dek bahang darahnya dan impak yang terjadi. Ani akan merasa sakit sangat tapi Ani akan lega kerana atleast dia akan merasa sakit sampai luka di hatinya dapat dilupakan. Dan mungkin Ani akan koma, tidak sedarkan diri. Dan mungkin bila Ani bangun nanti, Ani akan hilang ingatan. Ani akan lupa segala yang membuatkan dia sakit. Mentalnya mungkin akan stabil kembali. Dan mungkin Ani akan mati. dan kalau itu terjadi, Ani lega kerana dia tidak perlu merasa letihnya untuk tetap hidup dan tidak perlu risau Tuhan akan menduga dia lagi.

Ani juga membayangkan kalau kereta yang dipandunya, tetiba Ani pandu menghentam benteng jambatan dan lalu menjunam ke dalam sungai. Ani akan sesak sukar untuk bernafas dalam air. Terperangkap dalam ruang tanpa oksigen dan diselimuti sejuknya air dalam. Ani tidak takut. Ani membayangkan sesak di dadanya akan hilang kerana dia tidak perlu lagi bernafas laju. Tenangnya air itulah yang Ani rasakan.

Namun jangan risau, itu hanya buah fikiran Ani sahaja. Ani masih memikirkan nyawanya yang masih berhutang dengan Tuhan dan ibunya. Namun jikalau satu hari Ani tidak kuat lagi untuk kekal menjadi Ani yang kuat dan tabah, Ani memohon ampun kepada Tuhan dan sang ibu. Maaf kerana merampas nyawa yang dipinjam. Ani pun tidak minta dipinjam nyawa itu. Ani selalu mempersoalkan kenapa dia harus wujud? Ani pernah mendengar orang berkata bahawa kita pernah dilihatkan oleh Tuhan akan kehidupan kita di dunia sebelum kita ditiupkan roh dan mungkin ada moment yang indah dalam kehidupan kita di dunia yang membuatkan kita bersetuju untuk dilahirkan. Ani tertanya apakah yang indah dalam kehidupannya sampai dia bersetuju untuk lahir? Bodohnya kamu wahai Ani yang belum ditiupkan roh.

Ani berbaring terlentang sambil menghitung apakah malam ini masih boleh dia tidur. Ani penah merasa sukarnya untuk bernafas saat dia sudah memejam matanya. Dia hanya mengucapkan kalimah syahadah dan terus membiarkan kesukaran itu. Dia malas untuk bangun dan memeriksa dirinya sendiri. FIkirnya esok pagi sahajalah. Syukur dia masih terbangun lagi paginya. 

Dunia dewasa ini amat meletihkan bagi seketul Ani. Ani hilang pedoman. Hilang daya kreatifnya. Hilang bahasa puitisnya. Hilang segala benda yang dia anggap itu keahliannya sewaktu muda belia. Sungguh Ani tidak mahu jadi dewasa kalau kelabu warnanya.

Ani, ku mohon sudahlah berfikir. Diam, kita kena tidur. Esok kerja masih banyak perlu dibuat. Kita perlu sedia emosi dan mental kalau tetiba unit lain maki hamun kita lagi. Tolonglah Ani, tidurlah. Hilangkan berat kepala mu. Tidurlah…..




Ulasan