30 Tahun di Fansipan

Cuaca pagi di Sa Pa pagi ini tidak selari dengan jangkaan Encha yang mengadalkan terbitnya matahari bersama sang awan karpet. Tujuan dia harini adalah untuk mendaki Gunung Fansipan, gunung tertinggi di IndoChina. Nak mendaki Everest memang tidak termampu, Gunung Kinabalu pun hanya mampu lihat dari niat nantilah. 

“Tuhan, hentikanlah hujan ni. Encha nak tengok awan karpet beralun-alun diwarnai bunchonya biru langit-Mu”

Sempena 30 tahun hidup sebagai Ain Sha, khas dibawakan impian dan harapan makwe ni untuk menaklukan gunung ni. Bila dah sampai, hujan pulak menangisi harapan si makwe.

Namun setelah dipujuk oleh si tour guide yang mengatakan masih boleh didaki maka kita pun ada sukalah sikit. Hiks

Awan masih gerimis, masih ada harapan ni.

Sampai sahaja di station akhir, hujan lebat selebatnya bersama angin kuat. Barisan tour guide bertanyakan jika kami masih mahu meneruskan perjalanan. Jika masih tiada amaran yang menyebabkan tertutupnya puncak, ya kami masih mahu meneruskan. Encha sudah bersedia dengan wind breaker. Dia sebenarnya cuak, risau kekurangan oksigen bila di puncak namun dia kena tenang. Semua sudah bersedia dan bila sahaja keluar dari pintu station, kami terus mara mendaki tangga ke puncak. Angin masa tu hanya Tuhan saja tahu tapi masih membolehkan kami berjalan dengan selamat. Dalam kekalutan tu, aku sempat kagum dengan Group Cikgu Tak Takut Suami, yang mana ada cikgu lelaki turut serta tapi bersama isterinya. Dia hanya memakai Tshirt lengan pendek, seluar jeans dan selipar jepun. Ganas sungguh, mesti jaga kelas darjah satu ni. Orang lain dah sejuk mengigil sebab cuaca hujan dia steady dengan baju hujan je.

Encha niatnya nak daki sampai ke puncak tapi dek hujan ni terpaksa lah pakai kereta kabel. Kakaka ingat nak kerja gomen je ke pakai kabel, nak gi Fansipan pun boleh guna kereta kabel lah. 

Alhamdulillah, sampai je di puncak, walaupun awan hujan sudah mula reda berlalu pergi namun masih boleh dengar ngauman awan hujan. Subhanallah takjub tengok suasana awan hujan berlalu pergi.

Dek kerana tak dapat tengok awan karpet disinari cahaya matahari, jurugambar di atas edit jelah gambar bagi nampak macam cuaca kami pergi ni aman damai saja. Tidak mengapalah, mungkin dia suruh Encha datang lagi dan mestilah Encha akan datang lagi tapi selepas Encha pergi Dalat lah pulak. Huhu

Shout out to Mijah yang sanggup harungi bersama kegilaan 30 tahun Encha di tahun 2025. Tahun 2026 ni doakan Encha dapat pergi umrah. 

 
















“Sudah, ku daki gunung tertinggi, hanya untuk mencari dimana dirimu….”


  

Ulasan